Kontot Sudah

oleh sebab sudah mendapat beberapa remarks dari kawan kawan di facebook, so aku up jugak lah cerita di sini.
aku dah gunting rambut uolls.
rasanya cam dah lama kot aku memekak mekak kata rambut aku dah serabai serupa perempuan meroyan.
sebab belah atas dah tumbuh baru.
yang bawah ada bekas rebonding. manakala yang tengah tengah dah bengkang bengkok.

tapi aku bertahan jugak sebab nak gi bali buat tocang kepang tu kan.
seminggu lepas balik dari bali iaitu hari sabtu lepas, kental lah aku ke salun kat sri rampai.
memula memang ingat nak gunting saja jer.
sama ada nak potong macam bunga citra lestari.
ataupun macam pelakon cinta melody.

last last tunjuk dedua kat amoi gunting rambut tu.
suruh dia ejas la tak panjang sangat, tak pendek sangat.
sementara nak gunting tu, macam biasalah dia buat marketing.
kemudian terjebak lah buat steaming dan treatment.
tak menahan siap buat facial sekali. heh.

2 jam setengah kat salun, dan akhirnya kontot lah sudah rambut ku.
overall aku puas hati la. RM127 total semua. sokayy kot.
aku rasa korang buat rambut mesti lagi ratus ratusan kan.

gambar rambut pendek tu takyah la aku tunjuk sekarang.
later later dalam entry lain sure ada punya. ote?

18 thoughts on “Kontot Sudah

  1. saya percaya ia adalah spt ala-ala pelakon cinta melody itu.
    dan saya tidak percaya jika ia potongan kayak BCL.
    ngomong2 benar nggak? 😛

Comments are closed.