Kita Berusaha, DIA Jua Yang Menentukan

boleh tak aku hold dulu cerita senyuman bali itu?
boleh la boleh la boleh la. boleh la boleh datang ke rumahku.. ingat tak lagu mas idayu ni?
ok merepek.

aku tengah sakit kepala ni. ngap ngap bunyi dia.
so nak menaip kisah senyuman wanita bali tu kena ada feel feel.
baru saspen. ok aku bagi hint. aku nampak hantu malam kedua kat bali tu.
cukup hint itu? cukup? bagus.
sekarang aku cerita benda lain dulu.

baru baru ni aku pergi berurut.
amy yang rekemen kan. makcik urut ini dipanggil ibu.
rumahnya sekangkang kera je dari jasmine.
so di satu petang yang hening lepas balik office, aku pun menuju lah ke rumah ibu ini untuk mengurut.
urut satu badan yer.

sampai sampai bukak baju tukar kain batik semua.
lalu bermula lah episod urut mengurut.
last aku mengurut gaya cenggini, maksudnya dengan orang tua camni masa lepas bersalin yaya je la kot.
mana ada berurut dah pastu.

eh ada la berurut tapi dengan orang buta 2 kali, then sekali kat uptown, pastu urut kat bangkok, bali, langkawi.
kira urutan yang dah dikomersialkanlah. gitu.

urut ni sakit tapi sedap kan. sakit tapi sedap? sesuatu di situ.
aku paling suka masa urut tapak kaki.
perghhhhhhhhhhh…. boleh pengsan ok dia tekan tapak kaki tu.
tapi dah lepas urut tu memang ringan satu badan.
rasa cam boleh terbang di awang awangan saja.

sambil sambil urut tu aku cerita la masalah masalah yang aku hadapi.
pertama migraine yang tidak bertepi ini.
dia kata dia boleh cuba ubatkan.
aku kena bawak daun lidah buaya & daun bunga raya putih.
nanti dia akan proses jadi ubat dan kemudian ubatkan aku. begitu.
aku masih menunggu daun lidah buaya dari seseorang. ehem ehem..

kemudian aku cerita jugak lah yang aku nak anak tapi tak dapat lagi.
dia pun pegang pegang perut aku.
oh dia urut aku sampai ke pepet tau (tutup mata kalau malu nak baca)
pastu pastu pastu.
dia kata rahim aku ke pintu?
rahim ke pintu?????

pastu dia suruh aku relax..
dia cam tekan kat perut aku sesuatu bawak naik.
takuittttttt… katanya dia naikkan peranakan aku yang dah jatuh.
hoh??
sakit la. tapi ku tahan jebatttt…

pastu katanya lagi tak cukup ni.
nanti aku kena datang lagi. waktu afdal lepas period dan kena urut 3 hari berturut turut.
aku kata ok nanti lepas period aku akan datang lagi.
kita usaha la kan.
kalau dah usaha tapi Allah taknak bagi jugak, kena la redha.
Allah kan dah rancang yang terbaik untuk hambaNya. 🙂

sebelum balik ibu bekalkan aku dengan 2 jamu dibawah.
satu untuk membersihkan perut. haaaa lupa nak cakap dia kata perut aku kotor.
sebab tu aku selalu sakit perut tak menentu tsktkstsk.
dan jugak katanya ada masalah dengan pundi kencing dan usus besar.
memang pun aku kencing tak lawas 🙁

ok jamu belah kanan tu untuk bersihkan perut.
pahit payau semua cukup. sebab tu kena campur dengan madu.
yang jamu biji tu plak untuk melawaskan proses pembuangan air besar dan kecil.
10 bijik tiap tiap pagi kena telan.

gitulah kisahnya.
tiba tiba taktau nak endingkan. boleh?
ngeh ngeh ngeh.

eh tadi kata kepala ngap ngap.
boleh plak menaip panjang-panjang ni?
propa sangat kau normaya.

32 thoughts on “Kita Berusaha, DIA Jua Yang Menentukan

  1. perut kotor bukan hati kotor kannn….??? :-$

    eh eh eh… daun lidah buaya…? haku keterlupaan nak tanya laki aku… baiklah, aku call sekarang!

  2. usaha la mya untuk kebaikkan..along mendoakan..mana tahu..tahun depan Yaya dapat adik…
    yahuuuuu…Yaya along mmg dah ada adik..si kembar dan adik dia sendiri..my ex dah kahwin and dapat anak…

  3. peranakan jatuh ? itu kena urut selalu kan, pastu jgn makan benda yg sejuk2 yer 😉

  4. syok woo urut pas bsalin
    mmg badan rasa sedap je..
    masa sengkak tu tahan jelah tp best
    rasa ‘pulih’ gitu

  5. kalau kita nak urut sebab sakit2 badan.. konon..
    nak bagi badan ringan boleh ke akak maya?

  6. ko berurut dgn jamu2 tuh sumer baper hengget kena charge ek????

    ehem…ehem…. ko tunggu lidah buaya akuKAH??? moh ler ambik di umah aku yang…..

  7. adik ku.. kalu tak silap akak.. cuba cari kat blog kak red yang pasal misteri.. salah satu post misteri tu pasal senyuman wanita bali.. adakah sama seperti yang awak rasai…hukhuhk

  8. naikkan peranakan? kata org sakit pas tu…sengal2…larat nak buat 3 hari turut2…???

    usahalah…mungkin ada rezeki nanti…:)

  9. ok33333… ape2 nanti roger…. RM 90 ok la tuh.. urut 1 bdn dgn jamu segala…. nak gak try la… nak pasang bdn nih lepas bersalin… ari tuh cser so tak berurut langsung…..

  10. chaiyok chaiyok..kite kene usaha..klu xde usaha mane nk dtg hasil ye x..truskan berdoa..

  11. semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya..Dia mendengar setiap doa yang kita mohonkan jangan putus meminta dariNya….insy”allah sabar tuh penting..
    semoga tahun 2012….yaya dapat adik..aminnn

  12. tahan jebat..tahannnnn!!

    InsyaAllah kak..kita usaha je takat yg mampu
    selebihnya kita serahkan padaNya 🙂

Comments are closed.