Kisah Jumaat

petang jumaat lepas hujan melebat betul kan?
waktu hujan hujan tu tiba tiba teringin nak makan tomyam thai.
yang sebenarnya kat jalan genting klang thai fair sudah kembali.
ajak encik z singgah makan jap.

selalu pun memang order bihun tomyam, laksa thai & pulut mangga.
tapi kan, hari tu laksa dia cam lain je.
cam laksa tomyam.
bukan patut laksa thai warna kuning kuning ke?
malas nak tanya lelebih. makan je la.
dah la hujan sangat lebat masa ni.
kang orang thai ni mengamuk tolak aku dalam hujan satu kerja plak kan..

lepas makan bergegas ke keramat.
nak collect apam polkadot kat rumah shida.
ada orang order lagi.
murah rezeki si shida ni.

sempat aku pas kan barang mekap pada ara.
kemain seronot dia dapat eyeshadow dengan blusher.
tapi si shida dah menjerit jerit.
hahaha.. relax la dot.. jadi ibu memang banyak dugaannya. :-p

apam ni iera yang order untuk majlis pertunangan dia.
selamat bertunang yayang!!

memang dia mintak hitam, merah, putih, pink.
tu sebab tak kalerful.
sapa nak order? boleh roger aku k.

malam tu berjanjian dengan iera jumpa kat cendol wahab untuk pas kan apam itu.

dan sekalian berjanjian untuk jumpa dengan pae.
lama dok janji janji akhirnya last day dia kat KL baru la nak berjumpaan.

order cendol, abc, rojak ngan cucur udang.
tapi cucur udangnya hancusss… (N)
tak habis pun kitorang makan sebab dok sibuk pot pet pot pet.

pae ni junior masa aku kat politeknik PD dulu.
eh tapi super junior kot sebab aku tak sempat pun jumpa dia masa belajar kat sana.
lepas dah habis belajar, baru jumpa sebab alumni.
kira kira dah lebih kurang 10 tahun la kot aku kenal dia.
10 tahun yer. bukan 2 minggu. heh.

dan dari dulu aku memang mengkagum dengan kulit muka minah nie.
sangat flawless orang putih kata.
orang melayu kata mulus kot. (*)

topik perbualan kami pada hari itu ialah persediaan menyambut ramadhan, pengalaman bergelar isteri orang, perasaan meninggalkan KL dan planning untuk bercuti bersama-sama.

kenapa? tak perchaya?? :-O

10 thoughts on “Kisah Jumaat

  1. kak amy sw33tdarling & purpledi…silalah perchaya! 😛

    kak nida…ku sudah pindah ke office baru kak..penempatan jua baru. im sorry goodbye BBS. jumpa di sini nanti ya..hujung tahun kan? can lunch together2

    kak mya…ye kak 10 tahun lamanya. yg kenal 2 minggu takyah la pretend macam kenalllll la sgt oke. TQ kak..alaa skin org biasa2 je.

    haa yg tgh cebik2 mulut tu..ye ye skin aku takde cantik mana pun, ko punya lg gebu

Comments are closed.