Kecak Dance di Garuda Wisnu Kencana

seterusnya kami dibawa ke Garuda Wisnu Kencana statue atau GWK.
tapi sebelum tu kita dinner dulu yok.


: : kami dinner di the beranda’s : :


: : pilihan tak banyak, tapi janji ada sudah. dan yang penting kenyang : :


: : dihiburkan oleh sekumpulan pemuzik : :

lepas kenyang perut, jom kita saksikan dan berhibur dengan Kecak Dance Performance.
tarian kecak ni adalah tarian tradisional penduduk bali.
tapi bukan tarian kosong tau.
ada penceritaan dalam tarian. begitu.

masa sampai kat tempat kecak dance ni, performance dah start dalam 15 minit kot aku rasa.
pak million begitu bijak menyusup di celah celah orang ramai, so dapatlah kami duduk di belah depan jugak.

takut aku tengok penari belah kanan ni punya lirikan.
dah la asyik melirik pandang tenung aku.
ko tau la kan kalau fesyen tarian tarian camni, dia punya mata agak menakutkan.
aku dah doa janganlah aku mimpi tidak tidak malam tu.
tapi tapi tapi….
ada peristiwa seram berlaku kat aku.
tu nanti aku story later k..

gambar cam biasalah melambak gila.
semua aku dah campak kat facebook.
korang pegi sanalah tengok yerh.

kalau korang gi bali, jangan lupa masukkan kecak dance performance ni dalam itinerary ok?
lepas habis performance, ramai ramai turun ke stage bergambar dengan dancers.


: : abang dayak : :


: : adik dayak : :


: : adik penari lirik : :


: : barongan : :


: : adik monyet jadian : :

kemudian barulah kami dibawa ke Garuda Wisnu Kencana statue atau GWK.
This statue is picturing Lord Wisnu, as the source of wisdom, riding on back of the mythical bird Garuda as the manifestation of concscience toward Amerta, the perennial goodnes.
Ni pun aku copy dari itinerary.
kalau tak faham, sila google translate.

maka watamatlah kisah hari pertama di bali.
eh eh cam senang je sebenarnya nak menaip kan.
dalam masa 3 jam siap dah 3 entry ni.
tu la sebenarnya sikap bertangguh tu yang buat entry jadi melambak.
walhal nak menaip sekejapan je.

ok doakan aku kuat semangat untuk sambung kisah hari 2, ke 3 dan ke 4. 🙂

10 thoughts on “Kecak Dance di Garuda Wisnu Kencana

Comments are closed.