Kebenaran Kadangkala Memang Pahit Untuk Ditelan

hari tu aku ada hal dengan amy.
ada hal ek, bukan cari hal maupun cari pasal.
lepas habis hal tu, aku ajak dia melepak kat minum jap.
ke NZ lah kami.
benarnya aku melapar. jadi aku pun order maggie goreng untuk ditelan.
sambil melepak sambil borak lah tentang perkembangan dunia blogging semasa. ewah..

tetengah melepak tu, tetiba kami didatangi oleh lengchai penjual dvd.
dari jauh nampak dia kitorang berdua dah geleng geleng pala dah.
tapi tatap dia datang hulur hulur dvd.
eh eh aku dah kata taknak tu taknak la kan.

tetiba tak boleh bla dia tarik kerusi duduk depan kitorang, boley?
aku pandang amy, amy pandang aku.
walaupun kami bermulut laser, tapi tak sampai hati plak nak halau lengchai ni.

dalam hati, lu sapa nak duduk satu meja dengan wa.
silent reader blog wa?
kalau silent reader dan dan mengaku kawan ka?
teeeet.

‘kakak, saya duduk aaa.. penat looo sudah jalan jual dvd’

ko dah tarik kerusi duduk baru ko nak mintak izin kan? (dialog dalam hati)

‘kakak.. sambil mata pandang kiri kanan, kakak mau dvd xxx ka?’

tanpa rasa bersalah ko lengchai jual dvd blue di tengah khalayak ramai.
aku jerit ni mau ko kena tangkap masuk lokap (pun dialog dalam hati)

‘apa pasat lu mau jual dvd xxx pada kami olang? apa muka kami ini muka kuat seks ka’ (haisyoo motip aku cakap slang cina?)

‘kakak jangan salah paham. ini adalah lealiti. sapa sapa pun sekarang mau cari dvd xxx’

sekali imbas aku tengok dah gaya si johan bercakap plak dah lengchai ni.

‘lealiti ka.. fantasi ka.. kami orang islam tatak boleh tengok ini blue blue punya cerita lorr’

‘eh kakak.. kakak.. (cara dia sebut macam katak), kakak tau ka.. itu perempuan tudung labuh labuh pun ada beli saya punya dvd lorrr.. itu bukan islam ka.. islam jugak kan.. boleh saja beli. kakak tarak pakai tudung lagi maaa boleh beli’

hamboiii.. main kasauuu ko kan lengchai.
sentap la aku ngan amy mendengarnya.

terus aku snap gambar dia laju laju. hah terkejut dia.
aku cakap la i nak letak gambar u kat internet.
biar u kena tangkap jual dvd blue.

‘aloo kakak. sori sori. taknak beli takpa takpa. jangan letak gambar saya dalam internet. nanti malu wooo’

tau plak ko malu kan.
jual dvd blue tak malu? heh.
tapi apa nak kata, dah namanya pun kafir.
nonton dvd blue nie semua dah biasa ngan diorang kan.

walaupun aku tak bertudung, tapi aku masih tau lagi menonton dvd blue adalah haram yer bagi kita yang islam ini.
bukan takat menonton jer, bercerita hal blue blue ni pun tak boleh sebenarnya.
baik ko bercerita secara lisan mahupun dari penulisan.

aku pernah jer terbaca somewhere la pasal seseorang ni bercerita hal ehwal dia dan suami nya diranjang. i was like ish ish ish.
bila bercerita ngan encik z. encik z kata ‘bior le. dah laki nya tak marah’
tak boleh diajak mengumpat betul la laki aku ni.

aku dah upload gambar lengchai tu tadi nak letak kat sini.
tapi tiba tiba rasa kasihan plak.
lagi pun best sangat ke kau normaya nak letak gambar orang sesuka hati kat blog ko?
cukup cukup lah kes dulu aku dah kena dah.
siap sampai ugut nak report polis bagai.

jadinya aku upload gambar aku dengan amy sudah.
kang takde gambar katanya propa lah pula.

aku akhiri entry ni dengan secebis ayat dari blog syaf.

– KEBENARAN KADANGKALA MEMANG PAHIT UNTUK DITELAN –
sebab tu jarang orang boleh terima bila ada orang lain mengutuk atau mempertikaikan pendapat dia. betul?

renung-renungkan dan selamat beramal!!!

26 thoughts on “Kebenaran Kadangkala Memang Pahit Untuk Ditelan

  1. alaaaaa ko beriya2 cakap nak letak gambar lengchai tu kat sini arituuu… hehehe kesian erk…?

    lengchai tu arap muka jer ensem… isk isk iskk memblue jugak ko lengchai.. mesti belum kawen tuuu! kalau dah kawen, takde ler kemaruk camtu kan..?

  2. sabau je la ko lengchai oiii
    skrg ni jgn judge org yg bertudung or tak
    sbb aku dulu bertudung pn jahat
    muhahahaaa

    tp skrg baik :p

  3. ‘tak boleh diajak mengumpat betul la laki aku nih’…ai like yur stekmen…hahahahaha…mesti masa tuh berbuku berketul2 dalam ati kan… 😀

  4. hehe baguslah encik Z begitu
    ada gak lelaki yg mulut over kemain dr pompuan
    diaorg beli cd blue nk carik inspirasi kot
    hikhik

Comments are closed.