Ke Vivo City Makan Nasi Ayam

dari stesen keretapi tanjong pagar aku ngan encik z menapak ke mrt tanjong pagar.
boleh tahan jauhnya, tapi jalan slow slow sokayy la kot.
thanks sangat pada yazrul & retna sebab bagi pinjam map dan bagi guide untuk trip pendek aku ke singapore ni.
kalau retna tak bagi pinjam map, harus kami laki bini sesat dalam cahaya. gitu.

naik MRT turun kat stesen harbour front untuk ke vivo city.
vivo city ni shoppping mall yang terbaru dan terbesar kat singapore ni.
http://www.vivocity.com.sg/home3.html

oh yer kalau korang pergi vivo city ni, jangan lupa ke bahagian customer service.
cuma bagi passport, nanti akan dapat buku kecik ni.
dengan buku kecik ni ko boleh shopping dapat diskaun up to 20% kalau tak silap.
tapi takde maknanya lah aku nak shopping. aterrrr barang semua pun memahal. mak mesekin noks..

masuk sini mau cari makan.
terus ke bahagian food court.
kat sini dibahagi pada 2 bahagian.
belah kiri tu tak halal. dan belah kanan adalah halal.
so takde ragu ragu kat situ. terus ke bahagian halal.

encik z makan nasi campur  ni.

aku makan nasi ayam.
sayur diberi banyak sungguh.

muka kusut tapi happy sebab dapat makan.
masa nie dah dekat pukul 11 pagi kot. gila ko tak lapar.

dah kenyang perut baru semangat mau jalan jalan lagi..
yuk!

16 thoughts on “Ke Vivo City Makan Nasi Ayam

  1. ila masuk gak sini
    tapi masuk jelahhh
    tunggu shuttle ke USS dan balik naik train dia…
    berhenti dalam VIVO city ni kan

    ada BATA kan dalam neiH…
    usha2 lah BATA
    kot kot boleh ke beli satu kan

    mmmm
    ngentikan…
    baik beli BATA kat Malaysia…huhuhu

  2. heheheh pssstt ako x nah lak gi customer service so x tau arr pasal diskaun utk tourist …

    ako menang salute la kat ko, sebab ko jenis yg tak kisah bab2 makan ni..
    kira ko leh telan la apa jua makanan… caya!!

    ko makan sup merah tu kan 😉

    • aah aku ni so far so good la. semua pun aku bedal. janji kenyang.
      sup tulang merah tu aku makan gak. tunggu next next entry 🙂

Comments are closed.