‘Ibu, Genting Highlands tu jauh tak?’

tajuk entry ni lah soalan yang ditanya yaya pada kaklong.
bila kaklong cerita rasa cam sedih pilu di dalam hatiku lah pulak.
mana taknya, genting highlands dengan jasmine sekangkang monyet jer.
rasa bersalah la kan tak boleh bawak yaya gi sana.
memang pernah bawak yaya dah pi genting, tapi masa tu dia belum sampai setahun pun lagi.
harus tak banyak benda dia ingat kan..

lagi pun aku dah sampai merata hala, takkan nak bawak anak gi genting pun tak boleh kan?
lalu berpaksikan soalan di atas, aku pun menanam nekad cuti sekolah yang lepas sudah plan plan nak bawak yaya gi genting.
sekalian dengan mama, kaklong dan caca.

yer kisah ni pada cuti sekolah yang lepas.
bapak lama hoh. dah sebulan ok. matikkla memeram cerita.

ok mari kita mulakan.
hari rabu aku amik half day, so petang tu panjat genting.
sampai kat hotel awana, check in. rehat kejap.
menjakunlah dua beradik tu. diorang memang suka jalan jalan dok hotel nie.
tapi aku pun menjakun jugak sebab bilik hotel awana ni memang lawa.
nanti entry lain aku jaja gambar-gambar awana noo…

: : happy baru sampai hotel : :

: : posing cangkung namanya : :

lepas rehat solat semua terus gerak naik ke atas bukit genting sinun.
si caca tak habis habis tanya ‘jauh lagi ke ayah?’
‘napa jauh sangat ni ayah?’

ayah jawab ‘caca banyak sangat tanya. cuba caca diam. mesti kejap lagi sampai’

diam.

‘caca dah diam dah. tak sampai pun’

boleh?

dan akhirnya sampai.
ambil map. beli tiket. dan mainlah semua permainan indoor sampai lebam.
takde apa sangat aku nak taip kot.
layan je lah gambar gambar yang ada ni.
cam biasa ni separuh je. yang lain banyak aku dah campak kat facebook sana.

masa yaya n caca nak q naik salah satu game nie, eh actually salah dua game ni, ada anak anak cina yang very the hazabnya kurang ajar.
dah la potong q, pastu nak main tolak tolak.
aku cam eh eh eh cilakak nya korang ni kan.
mak apak buat tak tau bila kita jeling jeling, siap menggalakkan anak tolak tolak lagi.

sori la eh, aku ni bukan jenis nak backing anak ke hapa, tapi mak bapak yang ada anak anak nakal ni boleh tak ko perati sikit anak ko.
yer la tau la diorang tu budak, tapi ko yang mak apak budak tu tak boleh pikior ke?
didik la sikit anak ko tu.

hah ni aku cakap pasal anak ni jangan plak ada nak tersentap sentap bagai.
sesikit nak sentap, sesikit nak sentap. apa pun tak boleh!

14 thoughts on “‘Ibu, Genting Highlands tu jauh tak?’

  1. tersentuh ati bila dengar budak2 tanya Genting tu jauh tak?dulu adik sy yg bongsu pn suka tnya soklan cmtu (arwah mak dah meningal masa dia umo 6 tahun sy yg bela dia masa umo sy 17 thn) masa tue mana nak mampu bawak dia gie jalan2..sedihhhh bila ingt balik.. ;-(

    • hukss.. takpe, better late than never.
      tak dpt bwk masa kecik, dah besar ni pun ok jugak kan..

    • ye ar.. kita mak budak dah tak rasa sgt benda2 camni..
      bwk anak2 la seronok kan along

  2. alaaa. sweet jer si caca tuh tanya cenggitu..comel giler ah budak tu, dah besar esok mesti cantik giler 🙂

  3. boleh tak kalau tgk anak bergaduh, ko sebagai mak melarang anak tu, dah2 ler gaduh.. ini ko lagi nak provoke dengan cerita2 tahyul ko kan… apa jenis mak cenggitu… haaa skang anak dah ke lokap, mendapat!! (OK, ni novel lain yaa.. bkn novel genting) hahahahha

Comments are closed.