Hailam Kopitiam

ok ini kisah pada 2 hari yang berbeza.
dan 2 hari yang berbeza tu bezanya adalah ermm berminggu minggu lamanya.

ok kisah pertama. gi makan kat restoran hailam kopitiam.
masa ni aku amik mc sebab gi jumpa dentist.
eh tak plan pun nak mc tau, tapi lepas jumpa dentist dapat mc.
eh kisah sakit gigi aku tu berkubur begitu saja ek.
ermm tengok la kalau rajin aku cerita. kalau tak cerita tu maknanya tak rajin la.

lepas jumpa dentist dan dapat mc tu, aku roger amy. saja la ajak dia lunch.
ke hailam kopitiam sebab selalu tengok dalam blog dia pi makan kat sini.
sambil makan sambil borak lah kan.
takkan nak diam pulak.

si amy minum air apa ntah. lupa.
aku minum teh bunga. sedappp.. suka lah.
harus pasni kalau nak minum air bunga asli aku akan ke hailam kopitiam ini.

makan plak aku makan nasi goreng udang kot namanya.
eh ke namanya lain? ntah tak ingat. tapi bahan utama adalah udang.
pedas dan sedap.

ok hari lain plak. aku gi makan kat sini dengan encik z.
balik kerja awal, encik z nak cari barang pc, so ke wangsa walk mall.
terus ajak dia makan kat sini lagi sebab nak try makanan lain.

air encik z minum limau kot.
aku amik 3 layer tea. tapi kurang kick. kat ali maju lagi sedap kot.

makan encik z repeat nasi goreng udang aku tu.
eh repeat ke walhal dia tak pernah makan? heh.
aku la kata nasi goreng udang tu sedap, tu yang encik z try.
aku makan ermm nasi goreng tomyam kot namanya?
pedas ya hampun. pastu manis plak.
dan presentation adalah out.

eh kata makan dengan encik z. tapi napa si amy ada plak ni.
aterr nya office dia berdepan je dengan wangsa walk nun.
saja la aku roger dia. kebetulan dia dah habis kerja, tu yang dia menyinggah.

pada sesiapa yang rajin gi wangsa walk mall, tapi cam dah taktau nak makan kat mana, haaa boleh la consider ke hailam kopitiam ni.
nak kata sedap tu tidak lah sangat, tapi ada la variety kalau ko dah membosan makan dalam wangsa walk tu kan..

8 thoughts on “Hailam Kopitiam

    • eh suka la blog aku. suka la nak cerita pasal apa.
      ada orang tu asyik cerita pasal seks seks seks. macam dia sorang boleh ber seks.
      ada orang tu cerita pasal anak anak anak anak. macam dia sorang ada anak.
      ada plak orang tu asyik cerita pasal tak puas hati dgn orang tu tak puas hati dengan orang ni.
      habis orang lain tak puas hati dengan dia. ada dia tau?
      ada plak orang tu asyik sibuk ah sudah lah.

Comments are closed.