Genting Strawberry Farm

dari genting highlands tu turun kami stop kat goh tong plak.
mau jumpa adil. yer adil kerja kat goh tong.
orang buat project kan. sekejap di sinun, sekejap di sinin.
ingat kan nak lepak lepak minum jer, tapi adil cadangkan pegi genting strawberry farm.

ok sumpah aku taktau sini ada strawberry farm yang besar.
kalau ko nak pegi, roundabout yang belah kiri tu hotel sri malaysia, ko amik je pukul 9.
pastu terus. strawberry farm belah kanan.
mesti jumpa punya lah.
melainkan waktu ko pergi tempat ni dah roboh aku taktau la kan..

yang penting masuk percuma.
itu yang kita cari.

ada ladang strawberry dalam ni.
aterr dah nama pun strawberry farm.
takkan nak ada ladang rambutan plak dalam ni.
ok tak kelakar. jangan gelak.

boleh buat aktiviti potong buah strawberry macam yang aku buat kat cameron dulu.
ok omak dah merasa, sekarang bagi can kat anak plak.
baru adil dan saksama. gitu.

bersungguh sungguh si yaya potong.
dah la aku siap bajet kata 15 bijik, jangan lebih.
nanti kena bayar mahal.
nasib awak ler yaya dapat mak cheapskate.
dia pun gigih la kira 1 2 3.. mommy dah cukup 15. hehe..

budak bam bam ni harus nak motong sama.
dah la main rebut rebut nak potong strawberry.
walaupun melambak strawberry dalam tu.
nak gak rebut dengan kakak nya. haih caca caca..
nasib baik awak kecik lagi. kalau dah besar, dush dush..

dalam strawberry farm ni bukan semata mata ada ladang strawberry jer.
macam macam ada oh.
ko boleh refer balik kat gambar atas nun.
kes pemalas nak taip punya pasal.

ada ni hah. pameran dan jualan madu lebah.
segala macam jenis madu ada.
madu 3 je takde. ok tak kelakar lagi.

dia punya laluan kan memang very the marketing.
ko tak boleh keluar macam tu jer.
ko kena lalu setiap pelusuk jalanan termasuk tempat shopping shoppingan.
aku beli tshirt putih gambar strawberry yang comel untuk yaya.
dengan selipar strawberry jugak.
gambar shopping takde sebab encik z sudah menghilang entah ke mana.

dan perjalanan kami berakhir di tempat jualan mushroom ni.
beli 2 bungkus lalu mintak tolong mama buatkan cendawan goreng.

ok habis kisah di genting highlands yang dah diperam selama sebulan.
pelan pelan aku update cerita bali & singapore plak ote?

12 thoughts on “Genting Strawberry Farm

  1. owh kami pun tatau ada tempat gini.. okey nanti boleh pegi lah bila muhammad dah pandai jalan.. hehe

Comments are closed.