Cool Blog. Blog Yang Cool

ok entry ni takde kena mengena dengan blog mana yang cool.
blog mana yang ramai followers, blog mana yang suam suam kuku, blog mana yang yang ramai LIKE maupun blog mana yang paling happening.

cool blog kat sini adalah merujuk kepada sejenis minuman.
ko penah dengar tak cool blog?
aku rasa aku pernah dengar tapi tak ingat dengar di mana.
tapi tak pernah minum.

hari tu jalan jalan kat jusco wangsa maju ternampak kedai jual hot & roll.
kat belakangnya ada kedai cool blog ini.
warna warni meriah uolls air minuman yang dijual.
so apa lagi. terus nak nak nak nakk..

yang paling latest ialah ABC Blog.
so aku try lah yang ni. bayar 60 sen kot untuk tambah jelly diamond.

ko tengok teknik pembungkusannya.
siap seal habis. kalau nak minum ko kena cucuk straw atas tempat seal tu.
kalau nak tapau bawak balik memang molek lah.
takde nak tertumpah ke hapa.

bila minum slurp slurp adalah best lebih lebih lagi bila jelly diamond tu masuk dalam tekak ko.
memang sedap. next time aku nak try flavour lain lah pulak.
so korang, selamat mendapatkan cool blog di gerai cool blog yang berdekatan ya..

19 thoughts on “Cool Blog. Blog Yang Cool

  1. cam chatime la ni
    tp chatime siap amek no bagai
    nnti nk try cool blog plak
    terliur plak tgk

  2. saya pun suka cool blog ni..
    tapi time beli mesti beli chocolate pearl blog.. ntah la…
    chocolate jugak pilihan hati

  3. lepas minum, rating blog terus mencanak. Tak payah susah susah cari publisiti murahan nak naikkan rating kan nyah kan kan kan kan (B)

  4. owh, nie adalah favourite kita kak.
    pegi mana2 mmg pantang nampak stall pink nie..
    mmg confirm singgah!
    menu wajib adalah chocolate milk tea!!
    sluurrrrppp!!
    pearl dia tue kalo dpt yang kembang betul2 lagik marvelesss!
    selamat bercool blog kak..
    heheheh..
    =)

Comments are closed.