Bila Maaf

tak salah kalau kau nak mintak maaf atas kesalahan yang kau lakukan dulu.
juga tak salah untuk kita berbaik baik dengan orang yang kita pernah gaduh.

tapi tapi tapi.
perlu ke kau mintak maaf tapi kau nak kaitkan dengan orang lain?

‘siti, aku mintak maaf sebab kutuk kutuk kau dulu. tapi aku bukan nak kutuk kau sangat. si sopiah tu yang ajak aku kutuk kau. walhal aku sebenarnya pun taknak pun’

‘aminah, aku yang curi baju kau dulu. tapi aku tak berniat pun nak curi. si sopiah yang hasut aku untuk curi’

‘timah, ingat tak dulu masa kita pergi kursus tu. kan kau pakai tudung merah menyala? aku ada kutuk kau sikit. tapi si sopiah tu kutuk lagi teruk. memang tak patut dia tu’

kurang kurang aku mengaku yer aku ada mengumpat.
aku tak kata aku baik.
yes aku mengumpat orang.
tapi adakah kau tidak?
kau takde mengumpat orang langsung kah?

kau mintak maaf pada siti, pada aminah, pada timah. adakah kau nyatakan dengan jelas apa kesalahan kau pada dia selain dari mengaitkan aku?

ada kau mengaku kau kutuk kulit dia hitam?
ada kau mengaku kau kutuk dia pakai tudung nampak tetek membuak?
ada kau mengaku kau kutuk suara dia yang macam itik?

aku tak pernah mengaku kata aku ni baik.
tapi kau pun bukanlah sebaik mana. kot.
aku takkan membalas apa yang kau buat pada aku.
kerana aku percaya, semua ini ada hikmahnya.

terima kasih di atas segala-galanya.

10 thoughts on “Bila Maaf

  1. betul. sebab kalau kita balas balik apa yg org buat pada kita, kita pun sama mcm dia juga.
    bertabah la kakak 🙂

  2. LIDAH BERCABANG
    TIKAM BELAKANG
    MELEPASKAN ANJING TERSEPIT
    MEMIKUL BIAWAK HIDUP
    TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT

    Demikian barangkali sesuai untuk orang yang suka berpusing cakap. Di depan cakap lain, di belakang cerita lain. Misalnya kalau seseorang itu meminta maaf kerana melakukan kesalahan. Kemudian apabila bertemu orang lain, dia berkata dia tidak meminta maaf kerana kesalahan itu, tetapi meminta maaf kerana perkara yang lain.

    Kalau mahu menjadi orang yang boleh digelar manusia ataupun insan, tolonglah jangan bersikap begini. Najis atau bangkai kalau ditudung atau ditutup, lambat laun keluar juga baunya.

    Apalah salah menjadi manusia jujur. Berdosakah kalau kita mahu menjadi manusia yang lurus dan ikhlas hati?

    sumber: yang boleh dipercayai…SingaLautMetro

    • kenapa kena bersikap macam ni kan?
      tak boleh ke kau memberi dan menerima kemaafan secara terbuka hati?
      kenapa lepas tu diungkit-ungkit?
      ‘dia yang mintak maaf dari aku. tapi aku tak maafkan.’
      kenapa perlu ada sikap busuk hati dan sakit hati pada orang sedangkan orang tu tak pernah berbuat khilaf pun pada kau?
      kenapa??????

Comments are closed.