Welcome to Brunei!

ada yang dah tanya tanya aku, mana entry brunei??
adoiyaiii sorry la sangat. aku takde masa arh nak upload gambar dan update pasal cuti cuti borneo aku tuh.
sampai aku sendiri pun macam dah takde mood nak update.
tapi tak update kang rugi lah pulak kan. adoiii…

Berkongsi sejarah sumber www.wikipedia.net
Negara Brunei dijumpai oleh Awang Alak Betatar
Bila pertama kali beliau sampai ke tanah yang baru dijumpai ini, beliau berkata “Baru nah!” yang bermaksud Hebat!
Pada kurun ke 14, negara Baru nah berubah nama kepada Barunai daripada bahasa Sanskrit Varunai yang bermaksud ’seafarers’ sebelum bertukar kepada Brunei Darul Salam.

ok sambungan di border.
pekan yang paling dekat dengan border brunei ialah kuala belait.

perjalanan dari border ke bandar sri begawan 127km.
so ko agak agak sendiri la berapa jam ek.

akan jumpa tol. dan of coz lah kena bayar. BND1.00.
yer kena bayar guna matawang brunei.
so sebelum ko masuk brunei dari miri, sila lah tukar duit sesiap.
jangan ko cam ala nanti kat bandar sri begawan lah tukar.
hah ni jumpa tol cena ko nak bayar. cer citer?
so tukar awal ya..

lebih kurang satu jam setengah perjalanan, sampai lah kami ke hotel tempat menginap.
hotel mana, next entry aku cerita.
hujan renyai renyai mengiringi kedatangan kami ke negara brunei ini.

mandi mandi terus siap siap mau cari makan.
lapar oh. walaupun mata memang mengantuk ya hamat, badan pun letih.
tapi perut lapar kata ko. kang tak pasal tak boleh tidur malam plak sebab perut kriok kriok kan.

tanya pada budak hotel. dia cadang pi makan kat tamu selera.
dekat je pun dengan hotel. so ke sana lah kita.

ini mengantuk betul betul, bukan tipu tipu.

aku amik teh chin peng konon macam kat restoran muara tu.
tapi yang kat sini tak de kick ah.

encik z makan mee goreng ayam.

aku makan nasi ayam penyet. sambal dia marveles..

dedua makanan ni biasa biasa saja kot.
lepas makan pusing sekitar tamu selera.
memang sini kawasan tempat makan saja. dibuka 24 jam.
so kalau ko sampai bandar sri begawan tetengah malam, jangan risau la.
boleh cari makan kat sini nooo…

balik bilik hotel terus zzzzzzzzzzz…..

14 thoughts on “Welcome to Brunei!

  1. tengok gambar last menambah keyakinan kami… ha ha ha.. beg kita sama.. :p

Comments are closed.