Unit Trust Anyone?

hari tu (pun jangan kau tanya hari tu bila) lepak lepak kat cafe sebab shida datang office aku.
membz makcik ni sekarang, sebab sudah jadi tauke apam polkadot.
kebetulan dia ada appointment ngan jocko, so sekalian aku melepak lah.
haron plak memang dah ada kat cafe masa tu, memang lagi meriah uolls lah.

memula aku ingatkan jocko nak jual unit trust kat shida, rupanya dia nak ajak shida jadi agen unit trust.
dah dia ajak shida, tak pasal pasal dia ajak aku sekali.
bukan aku toksey, tapi aku ni cam takde bakat je nak buat jual jualan ni.
tapi kalau shida aku yakin. dia banyak contact dan pandai cakap.

tapi serius la, cara jocko cerita tu memang menarik tertarik.
memang masyuk la… pakcik tu dah dapat puluh puluh ribu k jadi agen unit trust ni.
menjuling juling mata aku tengok earnings dia.
dia lak yakin aku boleh jadi agen unit trust yang berjaya.
katanya dia boleh tolong la peringkat peringkat awal.
tapi kalau dia je yakin kat aku, aku tak yakin kat diri sendiri, acanerr?

sesambil diskusi, kami ngap ngap apam polkadot yang shida buat.
comel jer apam polkadot nya. sayang nak makan, tapi makan gak lah.

ko boleh pilih nak flavour apa. strawberry ke, blue berry ke, orange ke, kiwi ke.
kecik je apam nya, so ko campak dalam mulut terus ngap ngap.
memang takkan muak nya.
kalau berminat seketul harganya RM0.50. no minimum order.
boleh contact aku yerh kalau mau.

agak agak kalau aku jadi unit trust agen, korang nak tak amik unit trust dari aku?
bukan keluar cash pun, amik dari akaun 1 kwsp korang lorr..
kalau ada yang nak, hari ni jugak aku register jadi agen unit trust.

ecehh…

22 thoughts on “Unit Trust Anyone?

  1. pernah gak join..but ada full time job susah nak concentrate…tinggal kenangan je lah..tgk je lah kawan2 yg berjaya…selamat mencuba…mana tau ada rezeki..

    • taktau la lagi yang nak cuba ke tak.
      takut pun hangat2 tahi ayam saja.. huhu..

  2. xsalah kak nak try.pasal kite rasa org nak je join unit trust (kalo dia pikir nak beranakkan duit la )

    kite dh join lama..agaknya kalo duit tu leh joli dah lama terbang jauh2..eh eh
    hehehee

    • sebab duit tu boleh keluar umur 55 je kan..
      tu yg gamaknya org cam malas nak invest.
      tapi macam la keluar cash pun. heh

    • takut kang sekarang ramai contact, bila akak dh jadi agen unit trust semua cabut lari kang

  3. member aku pun ada buat, tapi kalau aku ler… heheheh tak terdaya ler nak kuar brief orang… takde konfiden bab2 nak marketing ni

  4. suami pun ada invest kat unit trust nih, tetiba rasa mcm nak jadi ejen sendiri pulak..tu pasal ari tu (jgn tanya bila harus sy pun dah lupa) sy ada pm ngan jocko tuh…

Comments are closed.