The Empire Hotel & Country Club

kita stop kejap lah kisah komen komen anonymous tu yerh.
kalau asyik nak fikir apa orang cakap pasal kita, memang boleh jadi sakit otak dibuatnya.
lagi pula takpayah la kita nak merendahkan darjat kita jadi bodoh macam mereka.
pergi blog orang komen meroyan royan.
mak ada standard ok. imej kena jaga. pangggg…

ok jom sambung cerita kat brunei.
yer.. korang maki maki aku pun, aku hidup lagi.
berjalan merata hala jugak.
pegi brunei, pegi hanoi, pegi bangkok, pegi hatyai, pegi jakarta, pergi bandung, pegi sana sini lah..
korang yang ngumpat ngumpat aku tu ado?????
takdo kan. so duduk diam diam sana.

eh eh kata taknak emosi tadi. ter ter ter emosi gak.
ok sambung cerita.
hari tu last entry pasal brunei.
ermmm aku pegi muzium brunei kan.. pastu bergambar kat istana darul iman.
dari situ aku ke the empire hotel & country club.
eh no no no bukan nak check in kat situ.
tapi ke sana sebab dengar katanya ini adalah hotel yang terhebat di brunei. so ke sana kita.

park kereta pastu masuk ke bahagian panggung wayangnya.
bersebelahan dengan hotel.
tapi aku tak sure sama ada ini satu satunya panggung wayang yang ada kat brunei atau tak.
duduk kejap melepaskan lelah. ewah.

hotel nie memang cantik dan mewah.
yang bagusnya dibuka untuk public.
kira kalau ko tak bermalam kat sini pun, ko just datang nak lepak lepak atau bergambar adalah ok.
staff hotel yang jaga pintu depan tu semua pun digreet dengan senyuman.
jadi tidaklah ko merasa rendah diri ke hapa nak masuk.

 

dari belah dalam hotel, keluar plak ke depan.
ada swimming pool dan lautan juga.
masa ni panas menyocok nyocok..
tu yang mata kecikkk je bila bergambar.

dari sini kami gerak mau cari makan.
kelaparan sudah.
nak tau aku makan apa?
ambuyat uolls… nyam nyam..

so stay tuned yaaa…

eh stay tuned pada yang nak membaca secara ikhlas la.
yang dok sebik sebik mulut, buat buat muka tu.. buat apa nak bersidai kat sini lagi..
sini kan tak happening.
so pandai pandai la bawak diri yerrr…

 

20 thoughts on “The Empire Hotel & Country Club

  1. x nmpak padang golf pun.. hihihiihiii… syoknyer brunei..g istana x???rumah atas air??

    • sbb akak tak amik gambar padang golf lorrr…
      istana darul iman gi la.. tp kat luar je…
      rumah atas air? kampung air tu? ada pegi..

    • aha.. awak ngan husband suka jenjalan kan..
      nanti selitkan dalam rancangan percutian ke brunei tau..

  2. sy pernh smpai jugak .:) mmg hotel ni 8star kot. hehe. sy smpat g toilet nye. cantik..:)

    • kena google la cari informasi. tapi aku saspek mmg mahal bangat ni.
      nak nak duit brunei kan..

  3. errkkk cite brunei?? bukan akak baru balik dr bali ke???huhuhuhuhuh byak nak kena update kak mya oiii…nak pakai part time tak???sy bole mengofferkan diri..hahahahaha

    • ada satu lagi cerita belum update. pergi genting highlands dgn yaya n caca.
      itu la pasal… bertimpa timpa nak update… nangisss…..

Comments are closed.