Sweet Bowl Dessert House

dari pustaka peringatan p. ramlee, kami ke wangsa walk mall.
jalan jalan pusing pusing pastu stop minum petang kat sweet bowl dessert house.
kedai ni kecik je tau tapi tempat duduk banyak jugak sebab kat luar pun ada.
tapi kebetulan masa kitorang sampai tu ada seat kosong kat dalam, so duduk kat dalam je lah.

drinks, ice lemon tea, white coffee ice, ice latte.
ice lemon tea tu masam bebenau. yaya yang nak.
aku minum white coffee ice. sedap!

betul lah ada setengah orang cakap, aku ni kalau tak kenal memang orang kata menyombong.
muka masam sesokmo. heee..
tapi kalau dah kenal, muka aku tak masam kot.
senyum sokmo sampai orang kata aku gediks. hek!

encik z order peanut butter toast with chocolate.
tapi yaya ngan aku curi makan. dan sedap!

mama ngan yaya share mee udang.
dah hujung hujung baru aku mengecek sebab aku tak berapa gemar mee udang kot.
mama kata sedap. tak pekat tak cair. tak pedas dan tak berapa tak pedas. eh?

aku makan bubur cha cha ni.
sebab katanya yang paling sedap kat sini ialah bubur cha cha.
tapi memang sedap pun. RM3.50 kot tak silap semangkuk.
mama kata kalau mama masak, boleh dapat seperiuk. heee..

kalau sesiapa ke wangsa walk mall, boleh la try makan kat sweet bowl ni.
dia kat belah belah hujung sikit, tingkat bawah dari TGV.
selamat mencuba!

6 thoughts on “Sweet Bowl Dessert House

  1. tp wangsa walk mall tu tak byk kedai utk shopping kan..saya tgk byk kedai makan la awak..

Comments are closed.