Sekitar Bandar Miri

lepas kenyang perut, terus kami bersiar siar kejap kat bandar miri ni.
parking kereta pastu jalan kaki jer. semua pun walking distance.
tamu lama ni tempat jual jual barang basah. macam sayur, buah, ikan masin.
kat miri ni tamu maksudnya pasar. jadi tamu lama ialah pasar lama.
dah lama la kot romannya wujud kat sini.

gambar bawah ni nampak muka aku cam fresh je kan.
walhal badan sudah bermandi peluh oh.
eh dan aku nampak kurus jugak kot. LOL

depan sikit dari tamu lama ni ialah Tua Pek Kong Temple.
antara temple yang famous lah kat miri ni.
tapi takde la boleh masuk dalam ke hapa. amik gambar sudeh.

kemudian ke miri handicraft centre.
miri handicraft centre ni jauh sikit la ke depan.
boleh kot nak jalan kaki, tapi kitorang bawak kereta heee…

macam macam souvenier ada kat sini.
ko tau la barangan sarawak kan.
baju ada, fridge magnet, bakul, tombak, sumpit semua semua lah.
menyopping jugak la kat sini.
nanti entry terakhir aku jaja apa yang aku beli nooo…

lepas tu ke sarawak toursim board.
motip sangat dah nak balik baru pi tourism board kan.
sebenarnya nak cari map ganti. sebab map sebelum tu aku pinjam dari officemate aku.
dah lunyai bebenau. so nak cari lain lah untuk ganti.
ngam ngam tau dalam pukul 2.50 petang kitorang sampai.
sib baik. sebab apa? ko tengok la tutup pukul 3 petang kan weekend dan public holiday tu.

masa ni hujan dah mula turun dan hampir melebat.

ko tengok jalan tu dah basah kan.
gigih gak aku nak bergambar berlatarbelakangkan tamu muhibbah dan tamu khas.
pasar jugak tu. ada pelbagai produk sarawak jugak hasil dari bacaan aku.
aku tak gi sana pun sebab dah hujan kan..

seterusnya…….

4 thoughts on “Sekitar Bandar Miri

    • idok ler plak terpikir nak bawak balik sumpit.
      takut kang kalau mengamuk tersumpit orang plak kang…

Comments are closed.