Ronda Sekitar Brunei

seterusnya…
ke muzium brunei.
aku dengan muzium memang ala ala tak dapat dipisahkan.
pergi mana mana mesti nak singgah at least satu muzium.

kedudukan muzium brunei ni ke atas bukit sikit.
tapi tidaklah susah kot. ko drive je naik atas ikut signboard. mesti jumpa.

masuk percuma tapi tak boleh snap gambar dalam nie.
dan muzium adalah besar.
aku sebenarnya cam dah ala kepenatan masa ni.
tapi encik z kental la pulak nak tawaf satu muzium.
layannn…

dari muzium kami stop kejap kat makam al-marhum sultan syarif ali.
merupakan sultan brunei yang ketiga.

kedudukan muzium dan makam ni atas bukit.
so kalau  nak ke information center, maritime museum dan causeway kena menapak turun bawah.
menapak turun tu ok lagi la kot. tapi nanti nak menapak naik?
tak sangguppp…

kemudian terus drive menuju ke istana darul iman.
ceh menuju tu macam yo yo o boleh masuk kan.
mintak izin dari pak security untuk bergambar.

nun sayuppppp istana darul iman ni ke dalam.
memang takde can langsung la nak tengok pengiran sarah lalu ke hapa.

sultan brunei ada 4 istana semuanya. tapi istana darul iman ni paling besar lah.
ada 1,788 bilik tidur, 18 lif, ada masjid yang boleh memuatkan 1500 jemaah.
ada banquet hall yang boleh ada 4000 ribu orang dalam satu satu masa.
ada 5 swimming pool. dan 165 bijik kereta rolls royce.
helikopter dan kapal terbang pun ada dalam ni jugak.

aaaaaaaaaaaaaaaaa *pengsan

lepas tu pusing pusing lagi cari jerudong park.
walaupun sebelum datang ni ada je aku buat kajian.
ada yang kata dah tutup. ada yang kata bukak malam je.
last last jumpa signboard je.
aku pun masih keliru sama ada jerudong park ni wujud lagi ke tak sebenarnya.

sebab aku cuma jumpa ladang kuda je.
terus cam ahhhh.. lain tahun je la aku cari jerudong park yang ada mainan semua tu.
walaupun ntah bila tahunnya nak datang brunei lagi…

ok bersambung…
sangap oiii nak habiskan entry brunei nih… :-[

12 thoughts on “Ronda Sekitar Brunei

  1. 1788 bilik tidur?!! gilerrrrr ar!
    kalau tiap2 hari tukar bilik tidur pun 4 tahun tak abis rotate woo.
    gamaknya dr bilik tidur no.1 ke bilik tidur no.100 kena naik kereta kottt…jauhhhh
    phewwwww!

    • kita yang 3 bilik tidur ni kalau hilang barang menggagau nak cari kan..
      ini pulak bilik 1788 bilik! pheww..

  2. hi. sy pernh pegi jerudong park tuh dulu (2007)tak ramai org pun. x mcm sini. sana kul 9 dh tak de kete lalu lalang ..:)

    • sempat lah zana pegi jerudong park ek.. mmg best ke?
      tu la.. sini agak kesunyian kesepian..

  3. Jerudong Park tu, tak yah la masuk Mya. Buhsan tahap gaban! Tak der apa pun kat dalam tu. Setakat rides bodoh… ehh.. sesedap mulut I je kan. Mampus kena sumpah dek Sultan Brunei nanti naya jaa…huhuhu… Tapi siyes! Tak payah buang duit!

Comments are closed.