Pusing Pusing Sekitar BSB

BSB bukan backstreet boys yer. BSB – bandar seri begawan.

dah puas ber bot mengelilingi kampung ayer, kita ronda ronda lah sekitar bandar BSB ni.
park kereta kat satu tempat. pastu menapak jer jalan.
memang bandar BSB ni kecik jer. memang boleh menapak ke sana ke mari.

cuaca bertambah tambah panas.
menitik nitik peluh. tapi macam aku bagitau tadi, lebih baik la panas dari hujan kan.
teringat kisah kehujanan di hanoi dan di taipei dulu, memang sebagai seorang pengembara aku mengharapkan panas dari hujan.

kebanyakan signboard kat sini mesti ada ejaan jawi jugak.
citibank & standard chartered.

aku bukan stay kat the brunei hotel nie yer. jangan salah sangka.
aku bergambar saja. yer. sebab nak dapatkan tulisan bandar seri begawan dan brunei tu.
aku kan ratu signboard. LOL

ni kat tamu kianggeh.
kat sini banyak jualan barang barang basah.
cam ikan masin. sayur dan buah buahan.

pastu masuk balik dalam shopping mall mau cari souvenier sikit.
aku sebenarnya agak marah dengan peta yang kitorang songlap dari hotel tu.
peta BSB ni buat orang keliru.
contoh cam royal selangor bawah ni.
bukannya di bagitau yang royal selangor ni dalam shopping mall.

aku ngan encik z mati mati la ingat kat belah luar.
bukan royal selangor ni je, tempat lain pun la.
memang bertekak tekak la kitorang dalam kereta tu. heh.

boleh tahan mahal jugak fridge magnet kat brunei nie.
sebab tu aku tak boleh beli banyak untuk kawan kawan. sorry la eh…

10 thoughts on “Pusing Pusing Sekitar BSB

    • akak menaip sambil nangis2 ok stress punya pasal selagi tak siap kisah brunei ni..
      so sila saspek dan respek akak nooo… ekekeke…

    • woh encik nahar pernah berkerjaya di brunei ya..
      apa laga.. gosok2 la dia ajak pi sana kak..

Comments are closed.