POWER by AKPK

baru baru ni aku pi dengar talk POWER! pengurusan wang ringgit anda anjuran AKPK.
AKPK korang tau tak apa? tak tau? agensi kaunseling dan pengurusan kredit uolls.
tempat untuk korang mintak khidmat nasihat hal kewangan.
bukan tempat pinjam duit ok.

talk ni staff digalakkan pergi dengar.
tapi tapi tapi tapi… sebab talk ni jugak lah aku kena %^*#(@*@($.
deyy.. benda kicik pun mau kasi besar besar ka…
menyampah ok!

ok berbalik pada talk ni. 4 jam okeh.
memula cam terfikir apa ke he nyer sampai 4 jam ni.
tapi bila dah start dengar orang AKPK tu bercakap terus cam terpaku paku.
sebab penuh informasi yang berguna untuk kita kita.

cover 6 bab kesemuanya.
bab 1 – pengurusan aliran tunai
bab 2 – asas meminjam
bab 3 – penggunaan kad kredit secara bijak
bab 4 – membeli kereta
bab 5 – membeli rumah
bab 6 – mengurus hutang anda

memang superbb orang yang bagi talk tu.
tak silap aku namanya encik nasser kot.
aku paling gundah gulana bila dia kata siapa yang hutang RM30k dah boleh dideclare bangkrap tau.
mak! takuittt…
eh tapi bila ko dah tak mampu bayar la.
kalau ko still mampu bayar, idok ler tetiba nak dideclare bangkrap.

lepas habis talk, siapa yang stay sampai habis akan dapat certificate.
dan sorang satu dapat buku POWER! ni.

POWER! sessions ni diadakan setiap hari rabu dan sabtu kat office AKPK.
pukul 9.30 pagi sampai 1.30 tengah hari.
untuk keterangan lanjut klik www.akpk.org.my atau www.speaksens.com.my
atau call jer 1800 88 2575

MANAGE YOUR FINANCES WITH CONFIDENCE ote?

12 thoughts on “POWER by AKPK

  1. best nye
    aku suke kalo pegi talk psl urus2 duit ni
    sbb sedar diri xpandai manage duit

    nnt aku usha website tu

    • aah mmg bagus sbb menyedarkan diri kita yg selalu tak sedar diri / memboros nih..

  2. adoii kak..kite teringin nk tahu pasal pengurusan kewangan ni..
    nak g la power session tu 😀

  3. matikkkk la hutang byk nih…
    rasanya dulu pernah tgk siaran tv..slot utk AKPK ni..
    utk pengurusan kewangan yg bijak katanya….
    tapi ku tak jugak bijak2…memboros saja.. 😛

Comments are closed.