Pakej Nostalgia Tanjong Pagar, Singapura

STICKY MODE ENTRY.
SCROLL DOWN UNTUK ENTRY TERBARU YA.

semalam aku nonton buletin utama ada sisipan kisah tentang memori tanjong pagar, singapore.
rasa adalah sedih.
aku dulu dulu masa darjah 5 & 6 satu keluarga tinggal kat tanjong pagar aka spooner road.
arwah abah kerja kat stesen keretapi tanjong pagar, station master keretapi tanah melayu.

memang banyak lah kenangan waktu kanak kanak di situ.
so bila nonton kat tv pasal tanjong pagar dah nak ditutup, memang terkesan betul oh.
pastu cam saja saja la cakap dengan encik z, kan best kalau kita boleh pergi sana sebelum tanjong pagar ni tutup.
tup tup encik z kata, cer tengok website ktmb.

so aku pun surf punya surf tetiba nampak pakej nostalgia tanjong pagar ni.
ala ala pucuk dicita ulam mendatang gitu lah.
encik z terus kata jom kita pegi hujung bulan ni.

tapi pakej ni tertakluk pada syarat syarat yang berikut :-

TERMA DAN SYARAT PAKEJ NOSTALGIA TG.PAGAR

  1. Tarikh perjalanan sehingga 27 Mei -29 Jun 2011.
  2. Menggunakan perkhidmatan tren senandung malam.
  3. Jenis koc kelas superior tempat duduk.
  4. Jumlah minima peserta 10 orang.
  5. Tempahan dan bayaran melalui Unit Pemasaran KTM Intercity.
  6. Pengesahan penyertaan dan bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum perjalanan.
  7. Bayaran pakej dalam bentuk tunai.
  8. Bayaran merangkumi

i-             Tiket keretapi
ii-            Sarapan pagi
iii-           Makan tengah hari
iv-           Makan malam.
v-            Lawatan – Tg.Pagar, Bkt.Timah, Merlion Square, Geylang, Arab Street & Mustofa.

Tiada pemulangan bayaran  jika permohonan dibuat kurang 3 hari dari tarikh perjalanan. Tiada pampasan diberikan jika pakej dibatalkan oleh KTMB  atas keperluan operasi atau keselamatan atau bencana alam atau arahan oleh pihak berkuasa.

  1. Keperluan pasport setiap peserta adalah tanggungjawab peserta.
  2. Kegagalan peserta memasuki Singapura disebabkan masalah yang berkaitan dengan kastam dan imigresen atau agensi penguatkuasa Singapura adalah tanggungjawab peserta.
  3. Peserta adalah bertanggujawab ke atas barangan yang dibawa masuk atau keluar Singapura dan KTMB  tidak akan bertanggungjawab jika peserta dikenakan tindakan undang-undang oleh penguatkuasa Singapura.
  4. Peserta adalah bertanggungjawab mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan Singapura dan KTMB tidak akan bertanggunjawab jika peserta dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Singapura.
  5. KTMB tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan yang dialami oleh peserta yang berpunca dari tindakan salah laku  atau gagal mematuhi arahan keselamatan.

jelas tertera jumlah minima peserta ialah 10 orang.
ehem ehem… so tak reti reti lagi.
aku nak ajak lah kot ada sesiapa yang berminat nak join pakej ni together gether dengan aku.
percutian sehari bersama blogger normaya. eceh.

ok aku plan nak pergi jumaat, 24 jun 2011. kira kita naik train malam jumaat tu, esok pagi sabtu sampai singapore.
seharian berjalan. dan malam tu jugak kita balik KL. sampai KL 26 jun 2011 pagi.
aku nak settlekan semua by hari jumaat ni. booking dan payment.
bayaran seperti tertera di atas lah RM260.00 merangkumi tiket keretapi pergi balik, sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan lawatan.

so kalau ada yang berminat, boleh roger roger aku eh.
siapa ada nombor handphone aku, leh call terus.
siapa yang takde leh email k? myasefia@yahoo.com

 

28 thoughts on “Pakej Nostalgia Tanjong Pagar, Singapura

  1. bestnya…
    harituh.. terlepas peluang …
    terlepas train.. tatau naik kat tanjung pagar….hahaha.. dah kene tinggal ketapi….

    jap nak tanya kawan…
    by friday nih kan….
    heheh

  2. date yg akak nk pergi tu ada kenduri @ slim river…kawan2 kite pon plan nak ke singapore lagi…kalo x leh je meramaikan jemaah.. 🙂

  3. wahh, dasatnya..siap ada pakej bagai.sempena nak tutup stesen ni la kut..best2..tapi xleh nak join, jauh nun diutara..huhu

  4. ini kalau sy ngajak laki sy ni..sure dia ckp “satu-satu la yang”..
    bluwekkk :p
    tp mcm menarik..tak penah2 aku bercuti2an dgn akak aku yg sorng ni kan..hehehe

    • akak ngan encik z ni cam semua nak bolot…
      tapi duit bukannya ada nau pon… huhu..

  5. alamakkk… pakcik aku ada kenduri 25hb tuu… mak aku pun datang sini.. walaupun mak aku asalnya Singaporean, tapi aku adalah menjakun kat sana tak kenal apa2 tempat punn

  6. bestnyaaa.. kami ni dh 2x p spore tp blm p merlion, apa ntah.. x lengkap la rasa tour kalo x p merlion

Comments are closed.