Oi Pompuan!

taktau nak letak tajuk apa. so tiru je la tajuk entry perempuan ini.
kekdahnya lepas baca entry asam pedas setiawangsa aku tu, merengek rengek perempuan ni nak makan kat sini.

tapi kak, asam pedasnya idok ler sedap benau pun..

ah aku tak kira, aku nak jugak..

kalau tak sedap kat tekak ko, ko jangan maki aku ha kak…

aku dah la terlambat hari tu. sebab kes shida datang office tu la.
memecut bagai genderang mau perang aku ke sinun.
kena maki lite lite ngan ahlil jemaah.
tapi berbaloi dorang tunggu sebab aku ada cerita baikkkk punyaaaa LOL

aku malas nak makan, tapi kakred paksa paksa.
so aku ngamik nasi goreng seafood yang boleh tahan sedap.
dan air mata kucing yang tak boleh lawan air mata kucing petaling street.
sambil ngap ngap sambil cerita gitu gini.

: : sid, kakred, myself, ayu : :

kak, bila ko nak jual beg nie?

aku beli RMXXXX. aku nak jual RMXXXX. ko mampu?

glupp.. pastilah tidak. heh.

dah pregnant ko kan kak.
bila lah turn aku plak? ;-(

12 thoughts on “Oi Pompuan!

    • baru 2bulan++ tapi dah nampak macam 4,5 bulan je aku rasa.
      bila aku tanya twins ke? dia kata dok aihh..

Comments are closed.