Memorial Tunku Abdul Rahman

salah satu lagi aktiviti kami anak beranak di hari cuti sekolah yang lepas ialah ke memorial tunku abdul rahman.
sesekali kena jugaklah bawak anak pegi tempat sejarah sejarah gini kan.
puas jugak la aku explain kat yaya pasal kronologi perdana menteri malaysia kita ni.
cadangnya nak pegi memorial tun hussein onn tapi kesuntukan masa sebab petang tu encik z ada hoki.
lain kali lah pulak kot.
kali ni bagi yaya ingat betul betul tentang perdana menteri malaysia kita yang pertama ini.

happy sangat dia datang sini. bergambar pun asyik berpeace peace bagai.
kadang kadang ada gak dia tanya soalan yang aku cam eh eh nak jawab apa ni.
lalu diserahkan semua soalan tu kepada ayah nya.

memorial tunku abdul rahman ni bapak besar oh..
mau lebih 2 jam ko kena pusing pusing dalam ni.
ada 2 tingkat pameran tentang beliau.
sebelah kanan belah atas tu boleh melawat rumah & pejabat yang pernah didiami oleh tunku abdul rahman.

rumah dengan pejabat sebelah sebelah je. sangatlah senang.
rumahnya besar oh… bilik tidur utama sebesar hall rumah flat.
ada  bilik kot tak silap. ada ruang tetamu untuk lelaki, untuk perempuan.
surau pun ada. dan adalah besar.

masa ni punyalah panas menggedik.
nak bukak mata pun tak boleh ok. memang terik gila.

kereta yang pernah digunakan oleh bapa kemerdekaan kita.
sekali pandang macam kereta batman. eh?

kalau sesiapa berminat nak bawak anak datang sini, tu alamat kat bawah.
dan baru ku tahu, dulu jalan dato onn ni namanya jalan brockman 😀
masuk memorial ni percuma. dibuka setiap hari kecuali isnin.
tapi kalau cuti sekolah dibukak hari isnin yer.

aku paling suka section ni.
TRIVIA how well do you know TUNKU?

kalau korang terror, jawablah soalan di bawah 🙂

8 thoughts on “Memorial Tunku Abdul Rahman

Comments are closed.