Masjid Omar Ali Saifuddien

sebelum bergerak ke destinasi pertama, kami pi cari petrol pam dulu.
sebab mau isi minyak la noksss.. takkan nak minum minyak plak kan.
ini informasi penting. korang kalau nak isi minyak kat brunei ni, tak boleh isi di petrol pam sebarangan tau.
petrol pam tertentu jer yang boleh.
ko kena tanya orang la kot. kami ke shell.

pastu ko kena tengok sign ada tulis lane untuk kereta malaysia.
so ko masuk situ. kena isi form bagai tau.
so isi je jangan melawan. buruk padahnya.

harga minyak untuk orang tempatan dan orang luar berbeza tau.
orang tempatan dapat murah. orang luar mahal sikit.
tapi encik z kata murah la dari harga kita di malaysia.
menjimatlah sikit.
tapi ko jangan tanya aku berapa ringgit per liter semua.
harus aku taktau.

ok dah isi minyak senang hati, kami ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Masjid ni adalah salah satu masjid yang terdapat di Brunei.
Diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong.
Masjid ini juga diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.

Dinamakan sempena Sultan Brunei yang ke 28 iaitu SUltan Omar’ Ali Saifuddien III, masjid ni menjadi simbol umat Islam di negara Brunei.
Siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.

kalau ke bandar sri begawan, jangan lupa datang dan bergambar kat sini k..
ada satu lagi masjid tapi aku tak sempat nak gi situ sebab jauh sikit dari pusat bandaraya nya.

10 thoughts on “Masjid Omar Ali Saifuddien

  1. kt mesia ade ke asing2 lane utk isi minyak kt sempadan sana??
    ke mesia pemurah bg sume sama rata??
    hahaaa ttibe rse kerdil sbb tak tau …

    • aku rasa malaysia takde kot. eh. ntah. kerdil gak.
      tp tu la, minyak kt brunei mmg murah. huhu..

  2. huh kalo kat johor tuh sesuka hati je kereta spore datang isi minyak.. itu lagi ada hati nak kata harga minyak di malaysia lebih kompetitif berbanding negara jiran?? heh

    owh kubah masjid tuh daripada emas ko.. huk huk kalo kat malaysia kubab zink kat panggung bandaraya tu pun orang curik ni kan pulak emas..

    • itu la tu.. di manakah keadilan? huhu…

      aha yer kubah tu dari emas.
      pastu kan.. kalau kata sesiapa tertinggal barang barang dlm masjid, kalau patah balik cari, dijamin jumpa.
      kalau kat malaysia, selipar jepun luar masjid pun leh hilang kan.. sadis..

Comments are closed.