Leaving on A Jet Plane

minggu ni minggu yang sangat sangat hectic untuk aku.
banyak benda nak buat. banyak benda nak fikir. banyak benda nak kena selesaikan.
hati dah tak berapa nak gembira.
aku boleh rasa something wrong somewhere.
bukan mainan perasaan mahupun bayangan gurauan.
tapi what to do, hidup perlu diteruskan.
semoga Allah akan lorongkan aku ke jalan yang lebih indah.

bukan aku kata jalan hidup aku sekarang tak indah, tapi sedikit sebanyak ada rawan kot di hati.
dan semoga aku akan dapat nikmati ketenangan dan kenikmatan yang aku cari.

aku sakit gigi dari hari jumaat lepas.
sakit yang berdenyut denyut. so sabtu pergi jumpa dentist.
memang ada problem kat saraf salah satu gigi geraham aku.
doktor bagi option untuk cabut atau root canal.
root canal digalakkan lah sebab katanya gigi aku tu tak rosak.
so adalah sayang kalau dicabut begitu saja.

tapi cost nak buat root canal RM700 – RM850.
tak ditanggung beres plak oleh office aku ni.
so memang kena keluar duit poket sendirilah.
mana pulak nak cekau banyak tu kan..
setakat entry ni ditulis (12.52 pagi waktu tempatan 16 jun 2011) aku belum buat keputusan lagi.
masih makan painkiller yang dibekalkan doktor.

aku nak mintak maaf pada beberapa orang individu yang aku dah mungkir janji.
u know who u are la kan..
tapi janji tetap janji. akan aku kotakan jugak nanti.

esok flight aku ke bali pukul 9.25 pagi.
so seawal pukul 5 pagi kot dah kena bangun.
kat bali nanti aku nak massage satu badan!
sengal sengal sakit sakit macam dah 10 tahun buat kerja berat.
doakan perjalanan aku pergi balik ya..

entry brunei tu aku hold dulu lah.
patutnya ada lagi entry hari ni tapi dah gambar je aku sempat upload, ceritanya takde.
takkan nak publish jugak kot? mesti korang pun taknak kan.
sabar eh.. akan ku update jugak tinggal cepat lambat jer.

balik dari bali, the following week aku akan pergi singapore plak.
dan minggu selepas tu aku akan start kelas menjahit secara formal.
aku tak pernah cerita kot kat sini yang aku dah enroll kelas menjahit?
dah start kelas nanti aku cerita lagi k..

yes.
i am leaving on a jet plane.
sayonara.

22 thoughts on “Leaving on A Jet Plane

  1. wahh!! have a nice journey ya…btw, coklat yg i bagi tu toksah makan lagi tau, simpan dulu kang bertambah sakit, sy pulak rasa bersalah 🙂

  2. hati membeku mengingatkan kata janji manismu <—-ayat bkr line hehe
    no worries i tak amek ati punye..
    semoga slamat pergi n balik
    (slamat balik ngan souvenir skali ;p)

  3. selamat bercoti2…rehatkan minda & fizikal..manjakan diri ..massage2 & spa bagai (Y) (dengarnya murah kt sana)..selamat pergi & jgn lupa kembali ke pangkal jalan 😉

    • degil sgt nak pegi gak singapore.. sib baik husband akak layankan saja..
      after this dah stop.. no more vacation for this year 🙂

Comments are closed.