KL Gangster Maaaa….

hari tu aku pi nonton filem kl gangster ni.
memula tu rasa memang malas nak nonton sebab cerita ni kan keluar waktu aku nak gi bali hari tu.
so memang ingat tak sempat dah kot.
dah habis tayangan kot.
jadi terbiar je lah begitu.

tapi cam eh eh ramai plak suggest suruh tengok.
bagitau encik z, dia pun ok jer, so pergilah kami nonton di midvalley sana.

sapa yang follow twitter aku tau lah sebelum nonton tu aku dok bebel bebel pi kedai kasut semua.
tak jumpa kasut yang berkenan konon, walhal dah pokai. kesian.

ok berbalik pada filem kl gangster ni.
aku nonton bukan sebab aaron aziz sorang yer.
aah aaron aziz yang jadi fenomena sangat dengan #noraelena nya tu.
sampai blogger bertekak tekak.
aku nonton sebab nak nonton the whole story lah.

filem ni ok la. dah ada standard standard filem hongkong semua.
scene gaduh pun natural.
tapi satu yang mengganggu jiwa raga aku, kenapa tiap kali borak mesti nak ada perkataan maaaaaa..
kalau sesekali tu rasa gagah la mendengarnya. bila dah selalu cam eh.. perlu ke ko maaa maaa maaa setiap masa.

‘lu kasi potong dia punya anu maaaa’

‘lu sudah kacau tempat gua maaaa’

‘wa takdak kacau sama lu punya bisnes, lu jangan tiau wa punya bisnes maaaa’

pastu yang melayu dengan melayu pun bila bercakap sesama sendiri perlu ke nak guna slang cina jugak.
tak paham tak paham.

tapi kan.. yang bab aaron aziz kerja penjual sayur kat pasar tu kan, aku terfikir cam ish ish ada ke lelaki sehensem ini kerja kat pasar ek?
kalau ada, mau anak anak dara ikut mak nya ke pasar hari hari.

aaron aziz bungkus sayur tu pun dengan penuh bergaya.
kepit rokok sambil membungkus sayur.
vaavavavava…

ziza aka abang long fadil tu kelakar la.
memeriahkan suasana filem ni yang asyik la bergaduh sokmo.
lawak lawak dia pun diterima. siyal tuuu…
yang sorang lagi tu yang kurus hitam tu pun best jugak.
gangster tapi kepala ting tong.

kesimpulannya, ok ok la kot cerita ni.
cuci mata tengok mereka yang handsome dan badan yang berketul ketul. heee….

14 thoughts on “KL Gangster Maaaa….

  1. heheh, akak pon tgk aritu, ok lah yg bab gaduh2 tuh, tp akak pon felik gak napa si samsul tu ckp ngan pak tiri dia slang cina….huhuhu.

    yg si zizan tu akak stuju bangat, kelako beb…… n yg si kurus tuh nama ape tah, hb pon kata dia berlakon best….

  2. sebenarnya nk komen statement akak yang ni…
    “tapi kan.. yang bab aaron aziz kerja penjual sayur kat pasar tu kan, aku terfikir cam ish ish ada ke lelaki sehensem ini kerja kat pasar ek?
    kalau ada, mau anak anak dara ikut mak nya ke pasar hari hari.”
    …sebab me pun terfikir camtu.
    tapi takmo la komen lebih2..nanti di print screen lg..
    acaner tuh?
    *peace*

    • aterrrr dah jantan jantannya tak berbaju sokmo.. tak leleh air mata air hidung air mulut ko..

  3. yang sorang lagi tu nama dia Sofie Jikan..memang pelakon yang hebat..tapi selalu jadi pelakon pembantu ajer…kalau di perhatikan semua filem Mamat Khalid dia ade…

Comments are closed.