Kemanisan Persahabatan

korang tau tak nandos sekarang dah ada dessert?
dulu dulu takde kan?
sebab aku ingat makan ngan naza & hasin masa birthday aku ngan hasin.
tapi nandos takde dessert.
gigih naza pi tapau kek secret recipe untuk kitorang.

kejadian makan dessert ni pun sama dengan naza & hasin.
tapi tak snap pula gambar bersama.
takpelah, macam korang tak kenal naza ngan hasin kan?

aku lupa plak apa nama kek kitorang makan ni.
tapi seriyus adalah sedap. full of chocolate gitu.
selain dari kek ni, ada gak kek lain. korang terjah la nandos sana.

kali ni makan hasin belanja.
alah segan lah aku dengan diorang ni. asyik la belanja aku.
bila aku cakap tak payah, diorang kata alah rezeki lebih. so share sama-sama.
sweet kan mereka?

hari tu aku dengan naza ada selisih faham tentang something.
pun sebab ada orang cam provok provok gitu.
benci lah.
tapi naza confront. kami bercakap la hati ke hati.

maya, kau jangan marah aku. aku dah la takde kawan.

ada ke cakap camtu kan. macam la aku ni ramai nau kawan.
tapi aku suka sikap naza. at least dia berterus terang lah.
aku paling tak suka kalau orang tiba tiba marah kat aku tapi taknak beritau kenapa.
tup tup menjauhkan diri dan taknak kawan.

tapi takde la aku berdendam ke apa.
hak masing masing lah nak kawan ke, nak gaduh ke, nak benci, marah,sakit hati dan sebagainya.
tapi sebagai manusia biasa, mesti lah aku terasa kan.

ntah lah. susah nak cakap pasal hal hal persahabatan ni.
takut ada yang berjauh hati. termasuk aku sendiri.

tapi aku sentiasa berdoa aku akan didampingi oleh kawan kawan yang betul ikhlas berkawan dengan aku.
tak ada rasa iri hati yang terselindung.
dan kalau betul aku tak ditakdirkan untuk berkawan dengan sekian sekian orang, biarlah.
mungkin itu yang terbaik untuk aku. dan terbaik juga untuk mereka.

8 thoughts on “Kemanisan Persahabatan

  1. me too! tak ramai kawan kak.
    but i do believe..quality friends more important than quantity.
    berterus terang lebih baik dr tiba2 ‘hilang’ tanpa kita tau sebab musababnya. dah la ko hilang..tak cukup dgn tu ko mengata or perli lg aku di belakang! i hate that kind of attitude. kalau ada yg tak puas hati ke apa..face to face. kan bagus kita selesaikan dgn cara yg lebih matang. mcm Yus RajaLawak slalu ckp..”hey kaymon la”

  2. sweet lah pasal kawan naza u tuu.. atleast dia ckp.. Apis selalu jugak ada kawan yg beselisih faham sampai taknak ckp berbulan2.. mals nak layan hehehe 😀

Comments are closed.