dah keluar dari border kami pun terus la shoot ke bandar miri semula.
mengikut itinerary ada beberapa tempat lagi nak kena melawat ni.
flight plak malam tu kan. so harus cam bergegas gegas gitu.
setiap saat adalah berharga.

oleh sebab encik z dah memekak mekak lapau katanya, jumpa drive thru mcdonalds, stop kejap.
tapi encik z je la beli. aku namo. aku kosongkan perut sebab nak makan laksa sarawak!

tapi sebelum pergi makan, stop dulu kat embun citra cake house ni mau beli kek lapis.
kedudukan tempat ni adalah di jalan permaisuri. kalau ko ada gps, ko set kan je la kat handphone ko.
insyaAllah jumpa.
aku tau pasal kedai kek ni dari internet.
itulah pentingnya untuk ko buat survey sebelum ko bercuti ke mana-mana.

memang kedai ni tepi sungai. sungai apa aku tak pasti. sungai sarawak la kot ek.

terus pilih pilih kek.

adik ni bagi suggestion kek buah masam manis yang paling sedap dan famous.
so amik. campur dengan kek lapis durian dan kek lapis blueberry cheese.

terus sesiap dia bungkuskan. senang nak naik flight nanti.

satu buku tu harganya RM18.
eh tapi bergantung jugak ikut flavour.

so kalau ko pergi miri, jangan lupa beli kek lapis kat embun citra cake house ni, ote?

    2 Thoughts on “Kek Lapis Embun Citra Cake House Miri

    1. owh my feberet kek lapis…kalau start nyuap tk leh berhenti.. ;-)

    Post Navigation