Kampung Ayer, Brunei

dari masjid kami menapak je ke belah depan sikit.
ada 2,3 shopping mall kat depan masjid tu. tapi tidak lah besar mana.
masa ni panas punyalah menerik.
tapi biarlah panas dari hujan. kalau hujan apa pun tak boleh!

masuk dalam shopping mall jugak untuk tukar duit lagi.
hari tu kat miri tukar sikit jer. dalam kepala dah set nak beli kain nih.
tapi cari punya cari cam tak berkenan jer.
memang ada yang murah tapi kalau murah tak cantik apa ke maknanya kan…

kemudian terus ajak encik z naik bot pusing kampung ayer.
kalau ko datang bandar sri begawan memang wajib lah ko naik bot mengelilingi kampung ayer ni.
kalau tak memang tak lengkap ah percutian ko ke brunei. gitu.

Kampong Ayer adalah sebuah perkampungan air yang didiami penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ia merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara.

bayaran BND15 sorang. agak memahal tapi bila lah lagi kan..
ntah ntah sekali ni je pun datang brunei.
lagi pula nama pun bercuti, mesti lah kena spent untuk bebenda gini.

meronda selama setengah jam.
pembawak bot ni namanya fadhil.
ramah dan banyak informasi dia bagi pasal brunei ni.
yang buat aku ternganga nganga bila dia kata istana darul iman ada 500 jamban.
tak pitam ko mendengar?

kalau dah ada 500 jamban, berapa besar kah istana itu?
ish ish ish… tak tercapai dek akal fikiran ku…
macam biasa aku ada rakam video. tapi….. lu agak la sendiri apa jadi..

: : balai bomba : :


: : restoran yang famous. semua pun tapau nasi campur kat sini : :


: : balai polis pun ada : :


: : rumah atas air : :


: : galeri kebudayaan dan pelancongan kampong ayer : :

gambar atas ni dekat sangat sebab encik z lupa nak unzoom kan ia.
unzoom? belasah je la.
budak fadhil tu plak tak reti nak adjust, tu yang gambar jadi besar tuh..

ok next!

12 thoughts on “Kampung Ayer, Brunei

  1. wah naik berdua jer yer…best, tak macam sy pegi island hopping ari tu kat langkawi bersesak2, nak charter boat utk family agak mahal jugak jadi redha jer lah bersesak2 tuh 😉

    • penah naik cruise melaka tu. tapi siang..
      haah best.. takpe nnt leh try mlm2 lak 🙂

  2. oooh ala2 Venice ye kak..mmg guna pengangkutan air je kt situ..dr satu tempat nak ke satu tempat mcm nk pegi Balai Bomba, Balai Polis sgala tu ehh…
    *cehhh mcm la ko penah pegi Venice faizah oii

    • venice yg si angelina jolie berlakon ngan johnny depp tu ke ek?
      ye la kot. akak pun tak penah gi venice. ekekkee..

Comments are closed.