Jubilee Plaza Hotel, Brunei Darussalam

kat bandar sri begawan ni aku stay kat hotel jubilee plaza.
aku book thru agoda.com.
tak silap aku harganya lepas diconvert ialah RM196.00.
eh aku belum bagitau kot conversion duit brunei ngan ringgit malaysia.
RM2.40 = BND1.00

hotel ni sedang sedang saja.
selesa dan molek lah untuk seisi keluarga.
eh tetiba seisi keluarga kan..
nak cari pun senang jugak kot.
terletak di pinggir bandar sikit tapi kalau nak menapak pun boleh.
aternyaa.. bandar sri begawan besar mana pun kan..

kalau ko ke brunei dan berminat nak stay kat sini, hah amik info ni yer.

JUBILEE HOTEL SDN BHD
Jubilee Plaza, Jalan Kg Kianggeh
Bandar Seri Begawan BS8111
Brunei Darussalam
Tel : 673 2228070 Fax : 673 2228080
email : info@jubileehotelbrunei.com
Website : www.jubileehotelbrunei.com

tak pun tengok ni ha rate kat jubilee hotel.
nampak kot kan? tu rate dalam BND. pandai pandai la ko convert.

hotel ni pun penuh berinformasi.
dalam lif dan dalam bilik diletak pakej pakej harga untuk ko ronda sekitar brunei.

bilik yang aku dapat ialah 2 single bed.
ok je la kot. dah sampai memalam gitu.
takde nafsu nya ko nak bersenggama. eh?

aircond bapak la haih kuat.
tak boleh nak ejas plak tu. dema sembunyi kan remote ke hapa.

ada tv dan meja solek.
siaran tv kat sini kan semua pun banyak berunsurkan informasi.
tentang budaya, jaga kesihatan, tempat tempat menarik.
pastu aku paling suka bila diorang sebut AWDA instead of ANDA.
AW – awang iaitu merujuk kepada lelaki
DA – dayang merujuk pada perempuan
sebab tu nama orang orang sana banyak pun AWANG dan DAYANG 😀

room service pun ada tapi takde lah 24 jam.
takat sampai pukul 9 malam saja.
tu yang kitorang kena keluar cari makan gak malam tadinya.
tapi kalau nak room service pun cam tak mampu jer.
duit brunei kata ko..

harga bilik ni sekalian dengan breakfast.
tapi breakfast nya alahai…. sedih aku menengok.

ada la roti. tapi aku tak makan.
aku amik telur hancur, bean, sosej, air oren dan buah oren.
sib baik perut aku tak buat hal.

sambil sambil breakfast aku dok nengok majalah majalah kerabat brunei nih.
comel betul Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ni eh.
husbandnya Putera Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pun cool jer.
kira pasangan secucuk eh secocok lah ni.

ada jugak gambar azrinaz.
tapi tinggal sejarah je la kan.
baru ku tahu umur dia sama dengan aku.
tetiba aku terbayang cemana romannya kalau aku kawin ngan sultan eh?
mau bergegar satu office aku ni.
miahahahahaha berangan la ko di sana normaya oiii…

check out pukul 12 tengah hari.
terus bergerak ke destinasi cuti cuti bandar sri begawan.
stay tune ya…

16 thoughts on “Jubilee Plaza Hotel, Brunei Darussalam

    • dulu i pun tak pernah terfikir nak sampai, tapi akhirnya sampai gak..
      insyaAllah ada rezeki tak kemana.. 🙂

  1. yeahh..org pun menggoggle hotel thru agoda.com
    mcm sgt membantu je..semua ada di situ
    tp masih tak boleh buat pilihan..hahhaha 😛

  2. dolu masa g brunei…mkn mlm terasa awal…kuar jenjalan..balik hotel rasa lapor balik..ingt turun nk g karok ke lepak2 cafe ke…ghupanya dah tutup…no hiburan hingga larut malam berangan2 nk cucuk langit ke hapa…tak cam sini..embun jantan segala spesis dah turun pun pusat2 or hotel2 karok bagai nk rak lagikk…kira klu kuar bandar brunei jam 10-11.dah tk dek ape2…

  3. I’m staying in this hotel last month, the best thing this hotel is the hospitality of the Service is
    (L)

Comments are closed.