Jom Priok Sedap Deli

hari tu pi carrefour wangsa maju sebab mau beli meja komputer.
yer rumah i sudah ada meja komputer.
dan sudah ada desktop jugak tau!
nanti rajin aku buat entry eh..

lepas membeli harus nak makan.
eh ke makan dulu baru beli ek.. tah tak ingat.
dah banyak kali lalu depan jom priok ni tapi cam tak pernah tersinggah plak.
so hari tu singgah lah.

besar restorannya.
kalau nak buat gathering ke, reunion ke memang sesuai bebenau..

tanpa berlengah lagi lalu mengorder.
aku order air bandung ni sebab masuk masuk je nampak sorang mamat ni baik punya tengah slurp slurp bandung warna pink ini.
tu yang cam ah nak minum air bandung gak lah.
encik z minum air apa tu ek.
limau ais kot.

aku makan ayam kepek malindo.
amik set sekali air bandung tu RM13.50
selalu nama malindo malindo ni asal mana ek?
indonesia eh?
rasa ayam dia cam ayam penyet.
overall sedap!
memang boleh repeat la..

encik z makan chicken chop.
not bad sedap gak walaupun aku tak minat chicken chop bagai ni.
sayur coleslaw nya sedap!

hari tu aku dah jaja rambut reshmonu kat twitter ngan facebook, hah ni aku jaja kat sini plak.
all the way dari pantai kuta bali hehe..
tapi gi office takde la aku biar terbarai gitu.
aku ikut la untuk cover line.

selain dari makanan ala cart, kat sini pun ada buffet steamboat tau.
wajib satu hari nanti aku paksa encik z makan steamboat ni.
RM23.90++ untuk dewasa.

selain buffet steamboat, dim sum pun ada jugak!
best tak bestnya sedap priok ni.
ada banyak pakej ko boleh pilih ikut berapa ramai orang yang datang makan.

amy, nanti bebila kita tong tong makan sini nak?

8 thoughts on “Jom Priok Sedap Deli

Comments are closed.