Bye Bye Miri….

sempat pose dulu kat signboard airport.
senang kalau pose kat signboard, takde la orang kata ko propa ke apa kan..

pastu clearkan barang barang dalam kereta.
aterr kereta nak dipulangkan balik kan..
aku punya coins brunei tertinggal dalam kereta ni 🙁

dah check in amik boarding pass semua, untuk membunuh masa lepak dalam satu restoran ni.
last last aku dan encik z yang hampir terbunuh.

harga secawan kopi kat atas nun RM7 ok!
roti dengan kari ayam RM10.70!
tak terbunuh ko…
dah la takde diletak tanda harga. memang tipah tertipu betui..

makanya korang kalau ke miri berhati hati dengan restoran kopitiam malaya ni.
mahal mencekik darah!

ceyy sempat lagi tweet tweet.
sebut pasal twitter, sorry pada yang request aku tak approve.
malas la aku nak kusutkan kepala otak dengan orang yang tak kenal nak follow ni.
even kengkawan yang aku percaya pun berpaling tadah tikam belakang, ini kan pulak orang yang aku tak kenal.

bukan nak buruk sangka, tapi better aku berhati hati je lah kan..
ramai nau orang yang suka menangguk di air yang keruh.
suka sangat ek tengok bloggers ni bergaduh?

selepas beberapa jam, akhirnya selamat sampai di LCCT.
eh hari tu aku tak cerita kot kan.
masa dalam flight, crew dalam air asia ni bapak haihh berlagak.
flight steward jantan sekor.
muka memang la jambu tapi melayan passenger cam siyalan.
ditunjuk gambar makanan dalam menu dengan juih juih bibir jer.
pastu dihentak hentak buku menu tu.
please dong… kalau tak boleh kerja yang kena deal dengan public, ko mintak kerja mop kapal terbang.
buat dimaki dek orang jer.

eh pastu aku tak cerita jugak kot, masa dalam flight pergi, ada 3 orang cina sudah memekak mekak bersembang macam ke flight tu mereka yang punya.
sampai orang depan aku berpaling sound.
aku pun sound jugak. encik z pun sound jugak.
aku ada amik video.  tapi taktau la bila tahun berjaya nak jaja kat sini.

walaupun begitu, percutian ke miri dan brunei adalah best.
kenangan indah kami berdua suami isteri.
korang kalau ada duit lebih, jalan jalan lah.. disimpan semua pun bukan boleh bawak mati.
eh?

watamat lah sudah kisah miri. akhirnya kan..
so lepas ni tunggu kisah aku kat bali plak eh.
lagi besttttttt….

16 thoughts on “Bye Bye Miri….

  1. wahhh…. best la akak…. (Y) (L)

    saya nak gi miri lagi dua minggu…. (*) 🙂

    copy akak pny itinerary boleh x?
    actually gi sbb kerja,xde plan nak ke mana2 pun….
    tp bile bc blog ni, terus ckp “perghhh jgn lupa gi tempat2 ni semua nnt”… hihi (H)

    • boleh yang.. akak berbangga tau kalau readers akak buat panduan cerita cerita akak ni..
      selamat bekerja dan berjalan k..
      jgn lupa beli kek lapis buah masam manis tu 🙂

  2. yup.. FA MAS lebih mesra pelanggan compare to AirAsia.
    tapi paling tak faham..kenapa bila dgn tourist luar dorang boleh plak melayan elok2..yes sir..sure sir…anything else sir..bla bla blaa

    setakat ni ada 2 strangers yg nk follow..tapi ku buat donno jer.. biar la.. tak yah ramai follower pun.. bkn artis pun kan..kan kak kan (H)

  3. memang terbaek la kisan miri-brunei…arap2 entry2 ni masih wujud 2012 nanti…
    lama betol nk tunggu buln 2 ekekeke

    pasni bali???ye sy pon ke bali gak.tu pon sama 2012…hehehehe

    • kalau dot com ni tak kena sita insyaAllah ada lagi entry miri brunei ni hehe..

      aah pasni cerita bali plak.
      hah harus awk jadikan panduan entry2 akak ni. eceh..

  4. thanks tau kak…. terus tny boss, bile ms sy free kat miri nnt…hihihi…

    insyallah beli kek tu… 🙂 teringin nk mkn kek lapis tu..

  5. Pasal bangsa Cha tu.. mintak maap la ye. Pengalaman I. memang pangai derang cenggitu… kalo ada rezeki pie HK nanti, you rasa la… dalam flight Insya-Allah ok… tapi bila dah landing tu… Ya Allah.. hampunnn… ada skali tu, sampai stewardess MAS tu, terjerit2 nak control derang.. leh bayangkan camana? huhuhu…

Comments are closed.