Bermalam di Kuala Belait

dan jawapannya adalah E!
kami drive lagi pusing pusing untuk kali terakhir.
dan akhirnya baru sampai betul betul di pekan kuala belait.
lalu terjumpa hotel sentosa.
terus encik z pegi tanya ada bilik kosong tak.
ada dengan harga setelah diconvert lebih kurang RM220.
yes mahal jugak tapi better lah dari hotel yang RM400 tadi kan?

bilik adalah selesa dan best juga.
masuk bilik air mandi, on air cond dan terus selamat beradu.
dah dekat pukul 1 pagi dah masa ni.

saja nak tayang duit brunei kat sini.
masa mula mula aku pegang duit brunei ni kan, rasa macam eh eh.. tak sangka la ada rezeki aku sampai ke brunei dan pegang duit brunei. gitu…

ni plak keesokan harinya.
saja nak bergambar berdua jugak sebab nak tayang baju air asia tu he he he.

tepat pukul 12 tengah hari check out lah apa lagi.

entrance hotel sentosa.
kecik je hotel ni tapi selesa lah.

replika kat roundabout berdekatan pekan kuala belait.
teko ni tetiba buat aku teringat replika ayah pin dulu. heh.

dari hotel kami terus gerak pulang. tak de singgah mana mana pun untuk breakfast.
aku kosongkan perut sebab nak cari laksa sarawak nanti.
maka dengan ini watamat lah kisah di brunei darussalam.
percutian simple tapi adalah best kerana berjaya melengkapkan satu lagi negara asean.

eh tapi ada lagi sambungan kisah di miri yer.
sabar menanti ote?

12 thoughts on “Bermalam di Kuala Belait

    • tak sempat.. encik z awal2 dah berkeroh..
      esok pun kul 11pagi baru bangun.. mana sempatnya.. huhu..

Comments are closed.