The Grand Old Lady Miri

dari tempat kuda laut tu aku gerak ke the grand old lady.
memang tempat wajib pegi kalau kau sampai miri.
sebab the grand old lady nie memang tempat famous.
tak caya cer kau google.
kalau tak kau tak pergi sini, seumpama kau ke paris tak pergi eiffel tower.
begitu perumpamaannya.

tapi tapi tapi tapi…
nak pergi sini punya la bercinta.
sampai gaduh kami laki bini dalam kereta.
siap tarik rambut tendang perut gigi lengan bagai. (melampau ko exagerate normaya)

payiet boleh la kot bayangkan macam mana sebab dia selalu travel ngan aku & encik z.
apa terjadi kalau sesat barat. memang mulut aku menceceh jer.
encik z tak tahan sabar tapi selalu dia sabar jugak la. kikikikiki…

mana tak sesat baratnya.
takde signboard ok nak pi the grand old lady ni.
pelik la aku sebab tempat ni tempat wajib pergi.
dah la simpang nak naik tu memang berbukit, takde signboard plak.
mesti la orang tercengang cengang.

kekejap aku sub belok kiri, kekejap aku suh belok kanan.
map yang ada pun tak banyak membantu.

dan lagi satu. kalau kau plan nak pergi miri, sila cari siap siap map.
sebab kat airport nan adooo information centre bagai.
kalau nak map semua kena pergi kat tourist information kat bandar miri yang ada masa masa tertentu je bukak. tu nanti aku cerita kat entry lain.

ok the grand old lady atau miri oil well no 1 ni letaknya di canada hill.
merupakan telaga minyak pertama yang terdapat di malaysia.
di drilled oleh shell company dalam tahun 1910.

selalu tengok dalam blog orang je kan, kali nie dapat bergambar sendiri kat sini.
puas hati aku.


: : perlu ke posing cenggini? : :

: : babab bontot ia : :


dah puas bergambar, masuk dalam muzium petroleum plak.
next!

2 thoughts on “The Grand Old Lady Miri

  1. Hahaha.. Baru prasan yg signboard takde ek.. Ngee 🙂 Nanti nak usul benda ni kat MBM tak pun tulis kat wall datuk bandar Miri..

Comments are closed.