Nasi Lelapan di Restoran Muara, Miri

aku sebelum travel ke mana mana, mesti aku akan buat research dulu tentang sesuatu tempat tu.
buat itinerary pukul berapa, nak pergi mana etc etc.
salah satu research aku ialah tempat makan dan makanan istimewa kat tempat tu.

pada yang taktau, miri terkenal dengan nasi lelapan nya.
kenapa namanya nasi lelapan? mungkin sebab ada 8 jenis bahan kot dalam hidangan nie.

restoran muara adalah restoran yang paling famous menawarkan hidangan nasi lelapan.
menurut kata orang miri, tempat lain ada tapi tak sehebat dan sesedap restoran muara nie.

sib baik senang je nak cari.
takde sesat barat. kalau sesat barat harus amukan naga.
dah la perut lapar kan..

lokasi restoran nie letaknya di depan sungai.
eh ke laut? tapi ada buaya. so sungai la kot.
ada tulis awas buaya.

dah memang nak makan nasi lelapan, harus fokus pada menu nasi lelapan sahaja.
menu lain langsung pandang sebelah mata saja.

ada 8 jenis hidangan nasi lelapan.
lauk bawal, tenggiri, keli, kembung, ayam, empal, tongkol & udang.

air plak aku dah baca dalam blog orang, yang sedap teh c peng special.
tanpa fikir panjang terus order nya.
sebelum dikacau begitulah rupa parasnya yang belah kanan tuh.

lepas kacau seperti gambar di bawah.
rasanya? perghh.. memang c peng waa cakap luu..
setappp!!!

ok kita ke menu utama nya.
kitorang laki bini dedua pun makan nasi lelapan.
encik z ambil lauk udang. udang ni digoreng tepung.

i kan pencinta daging. so wajib ambil daging.
juga disebut sebagai empal di sini.
memang sedap ok nasi lelapan ni.
walhal kalau ko tengok rasa cam eh biasa je..
semua lauk pun goreng dan rebus.
macam senang je kan nak buat.
tapi memang senang pun kot eh?
nanti aku nak try la buat nasi lelapan versi normaya.

bahan dalam nasi lelapan ialah timun, pucuk ubi, kobis, kacang panjang, tempe, tauhu, nasi & lauk.

nasi lelapan ni didatangkan bersama semangkuk sup kosong.
molek benar lah kan.
sebab nasi lelapan dah kering, so bagi sesiapa yang tak biasa makan kering kering ni, memang ngam lah ada sup kosong.

kami up dengan sayur midin.
2nd time aku makan sayur midin nie.
dulu masa pergi kuching.
rasa dia macam pucuk paku sikit.
tapi bukan pucuk paku tau.
memang sedap.

jemput makan semua….

maka nya kalau kau dah sampai ke miri, sila lah cari restoran muara ini untuk merasai nasi lelapan.
rugi tau kalau tak cuba.

Alamat Restoran Muara, Miri, Sarawak
Lot 1306, Ground Floor
Water Front Commercial Centre
98000 Miri Sarawak
Nombor Telefon : 016 882 7370, 014 683 4050, 019 8068876

selamat menjamu selera!

6 thoughts on “Nasi Lelapan di Restoran Muara, Miri

Comments are closed.