Miri Trail Guest House, Miri, Sarawak

Ok malam pertama kat Miri aku stay kat Miri Trail Guesthouse.
Aku dah book lama sebelum trip Miri ni lagi.
Aku book guna agen agoda.com
Memang senang lah.
Korang kalau rajin travel nak cari hotel murah murah boleh masuk agoda.com tu k..

Kedudukan Miri Trail Guesthouse ni memang strategik sangat.
Betul betul depan airport Miri.
Memang sesuai benarlah bagi sesiapa yang flight nya malam macam aku ni ha.

Kitorang heret beg dari airport cross jalan dah sampai.
Dalam 10 minit kot jalan.
Tapi adalah takut sebab ada anjing anjing berkeliaran. Huhuhu…

Harga satu malam yang aku dapat ialah RM56.
Ada katil queen, almari plastik dan cermin kecil.
Toilet kat luar. Kena share dengan yang lain yer.
Nama pun guesthouse. Memang basic lah.
Apa ada hal, nak tidur kejap je pun.

Cuma Cuma Cuma Cuma……..

Katil tu dia punya berkeriyot tak boleh blaaa la..
Ko gerak ke kiri sikit dia bunyi, ke kanan sikit dia bunyi.
Kesimpulannya memang tak sesuai ko nak bersenggama kat sini.
Sila tidur senyap senyap sudah.

Ni keadaan sekitar Miri Trail Guesthouse

Sib baik diorang cover lampu ngan kain hijau nie.
Kalau tak.. mesti silau tak ingat punya.

Pelik sikit sebab check out time kul 10 pagi.
Selalunya 12 tengah hari kan?
Tapi aku mintak extend sampai kul 11 pagi sebab mau cari kereta sewa.

Bumbung belah kanan tu la airport Miri.
Dekat kan?

Keterangan lanjut boleh klik http://www.miritrailguesthouse.com

8 thoughts on “Miri Trail Guest House, Miri, Sarawak

  1. tak nak buat gathering bercoti bersama readers ke ?? kalau ada plan sy nak angkat tangan dulu….kenalah bgtau at least 3 -4 bulan in advance, mesti ramai nak join…hehe 😉

Comments are closed.