Miri Crocodile Farm

dulu masa pegi kuching aku pegi jugak tempat buaya nie.
jong crocodile farm namanya.
ni pegi miri aku pegi jugak lagi tempat buaya. tajuknya miri crocodile farm.
tapi kan, aku rasa yang kat kuching tu lagi ekstrem la.
siap kau boleh lalu tengah tengah kayu, kiri kanan kau buaya.
memang menakutkan.

ok bayaran masuk miri crocodile farm ni RM15 sorang. eh ye ke RM15?
nak share info tapi sendiri pun tak pasti. cena. huhu..
tapi rasanya RM15 kot. not more than that la.
agak mahal la kan untuk tengok buaya.
apa apa je la. dah alang alang sampai miri, kita zasss jugak la.

gambar tak ikut susunan sebab tu kejap ikat rambut kejap lepas rambut.
cuaca kat sini mak aiiii bapak panasnya oh.
berpeluh peluh celah ketiak kangkang segala.

: : signboard : :

: : maskot batu : :


: : entrance : :

: : beza antara kita : :

masuk masuk terus nampak daging buaya untuk dimakan.
tok seyy ler ambooo…

salasilah buaya dari saat bertelur sampailah membesar dengan hebatnya.

kulit buaya untuk dijual. semua pun harga ratus ratus ke ribu ribu.

kemudian bermula lah penjelajahan melihat segala macam mak nenek jenis buaya.
yer dari bapak, datuk, anak, anak saudara, cucu semua pun ada.
pelbagai saiz pelbagai warna. berbilang bangsa la kekiranya.

pastu kebetulan waktu makan. so boleh la tengok.
sama je la macam kat kuching dan dekat paya indah wetlands hari tu.
yang lapar bergerak laju. yang kenyang statik saja.
mat bangla ni kemain nak tunjuk skill. roboh pondok kayu tu baru tau.

nak tengok buaya makan ni kena panjat cam kawasan tinggi.
pastu kat bawah bersepah buaya. takuttttt…

sekalian rombongan masa ni ialah abang abang dan kakak kakak motor besar.
tumpang lalu bang, saya bergambar kat motor abang.

tak habis lagi yer kisah dalam miri crocodile farm ni.
sebab bukan setakat buaya, ada jugak binatang lain. so stay tune haa…

eh sebelum terlupa. info tentang miri crocodile farm :-

Crocodile Farm cum Mini Zoo address:
Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia.
Telephone Contact: +6085 604108

6 thoughts on “Miri Crocodile Farm

Comments are closed.