Di Mana Dia Anak Kambing Saya

tetiba aku rasa kambing ni tengah kontrol handsome.
dengan janggut sejemputnya.
macam muka manusia pun ada. erk!

masa nie semua pun tengah berebut nak makan.
macam macam jenis kambing ada. cer kau tengok yang paling kanan tu.

eh tak kanan sangat la. tapi yang bulu dia macam kambing biri biri tu.
lawa kan?

ini plak kasih sayang ibu & anak.
si anak mau menetek barangkali.

2 ekor ni aku tak paham apa ke motipnya.
bersungguh sungguh ok cuba nak melepaskan diri dari kandang tu.
lapar ke hapa.

kat sebelah kiri kadang ada diletak makanan kambing.
kau letak je RM1 pastu ambik sebungkus bagi kambing makan.

kejinya rambut aku tengok dari belakang. bengkang bengkok cam haremm..
nak buat relaxing, nak buat relaxing.
eh nie nak cerita pasal kambing ke pasal rambut kau normaya?

aku perati je kambing yang sekor ni. asyik la menyondol sekor kambing betina kat depan dia.
dok cium cium bontot kambing betina tu.
hoi, gila seks ke?

cerita pasal kambing yang nak keluar dari kandang tu tak habis kat situ tau.
dia punya menyelit kat celah lubang tu, last last berjaya kooo dia keluar.
apa lagi menggelupur la aku ngan encik z lari tak cukup tanah.
eh sebenarnya encik z tak lari. aku yang lari. ekekkekekkee..
mana tak nya, kang kambing tu sondol aku plak sapa nak jawab..
tapi kalau kau boleh tengok sendiri macam mana bersungguhnya kambing tu nak keluar, memang lawak okk..

demikianlah kisahnya di mana dia anak kambing ssaya….

4 thoughts on “Di Mana Dia Anak Kambing Saya

  1. suka tgok orang bela kambing..dan suka jugak daging kambing..tgok gambar ni rasa nak sembelih jerk…

Comments are closed.