Binatang Lain Pun Ada Juga

biasa pun kalau dalam taman buaya camni, takkan ada buaya semata mata.
mesti ada binatang lain jugak.
ye lah, rugi la tokey kalau letak buaya semata. mesti tak berapa nak laku nanti kan.
so ini adalah antara binatang yang ada dalam miri crocodile farm ini.

1. ikan piranha. bapak besar nya haih..
sekali dia ngap tangan harus kudung seumur hidup

2. beruang.
pandai dia main mainkan kita. dia buat jalan pusing pusing macam nak masuk lubang.
pusing 2,3 kali tak masuk.
last last baru dia masuk sambil buat muka comel (macam mana lah rupa beruang comel?)

3. kuda
menyampah tau dengan bangla yang jaga kuda ni.
nak bergambar dengan kuda kena bayar RM5. kuasa tau.
dah la dah bayar RM15 nak masuk. ni nak kena bayar lagi?
harus encik z snap gambar kuda dari jauh saja

4. burung merak
mementang kau cantik kan, kemain kekwat kau yer.
berpusing pusing encik z nak snap gambar dia.
buat dono jer. awas kau burung merak, aku jumpa kat luar siap kau.

5. landak
landak ni malu malu kucing plak.
asyik la tolak sesama sendiri nak masuk lubang.
kau kenapa? kau ingat aku snap gambar kau ni masuk majalah mangga ke pun?

6. monyet
selamba buat taktau je kat kitorang.
riak muka ‘ada aku kisah?’ sambil mencari kutu

7. civet
siang tidur malam berjaga. asik menguap pastu tidur.
dah jerit jerit panggil suruh bangun pun dia buat dono jer.
civet ni yang makan bijik kopi pastu dia berak, so dalam taik dia ada biji kopi.
pastu orang pun minum kopi itu.
dengar katanya kopi taik civet ni antara yang ter best.
sebab air liur civet tu dah diproses jadi kopi.
motip sangat kan?

ada lagi 2 binatang. kambing & ular.
tunggu lagi yer.
baca blog aku ni kena banyak sabar. ote?

8 thoughts on “Binatang Lain Pun Ada Juga

  1. merak kan eksyen sbb prasan cantik hehe

    cam mini zoo plak kan..worth it la byr 15 tp ada binatang lain..

    • tapi mmg dia cantik pun kan..
      sib baik binatang takde dosa pahala..
      kalau tak harus masuk kategori riak

  2. dah lama giler x pi zoo sejak preggy nieh..nanti si kembar dlm perut ni kuar baru plan pi zoo..itupun tunggu diorang besar skit..

Comments are closed.