Welcome to Taiwan!

jom kita baca cerita taiwan nak tak?
ok di hari kejadian iaitu 24 mac 2011 bermulalah pengembaraan aku ke sebuah negara yang tak pernah tercapai dek akal akan ke sini.
kunci jam pukul 4.45 pagi tapi pukul 4 pagi aku dah terjaga.
rasa dag dig dug di dalam dada.
tak boleh sambung tidur dah, terus bangun lalu mandi.

pagi tu hujan renyai renyai.
berlari lari anak jugak la nak ke myavi hijau ku itu.
encik z hantar sampai kl sentral.
naik bas pukul 6 pagi dan sampai kat lcct pukul 7 pagi camtu.
dah cakap ngan ernie, kena sampai kalau boley by 7.50am 2 hours before departure.


: : mencomot di kl sentral : :

breakfast kat A & W sementara tunggu ernie sampai.
kul 8.15 pagi camtu barulah dia muncul.
terus check in bagai. dah dapat boarding pass baru lah lega.

ernie tapau mcdonalds sebab tak sempat nak makan kat situ.
sempat makan sementara tunggu nak masuk gate.
flight on the dot, no delayed.


: : mesti la nak pose pose depan flight kan : :

dapat seat depan sekali, belakang seat premium.
perjalanan dari KL ke taipei mengambil masa kurang lebih 4 jam setengah gitu la.
jadi nya harus kelaparan. maka nya harus lah kita makan.
sebab kalau tak makan nanti nak tunggu dinner ada yang pengsan plak kang.
saya makan nasi lemak pak nasser dan minum pulpy orange.

semorang dalam flight adalah cina.
kami 2 orang je melayu dan sah sah la ernie sorang je yang bertudung.
alhamdulillah selepas 4 jam kami selamat mendarat di Taiwan Taoyuan International Airport.

masa ni tengah nak amik brochures pasal taiwan.
haisyooo perlu ke dema nie bertolak tolak macam kan nak berebut duit.
walhal brochures saja. aku kena tolak ke depan tepi belakang. haiya..


: : welcome to taiwan normaya! : :


: : dalam toilet taipei : :

nampak patung comel comel dalam airport nie.
so stop kejap pose pose.

tengah tercengang cengang terbangang bangang nak cari tempat bas, tetiba ada sorang cleaner tegur ‘malaysia?’ aku pun angguk la. ‘saya dari indonesia. mau naik bas ya? arah sana’
wah gitu kan.. hebat makcik ni sampai ke taiwan datang mencari sesuap nasi.

keluar dari airport, terus gigil gigil kepala lutut.
sejuk dan berangin. harus la teruja oii..
dulu rasa sejuk jugak masa pi hanoi.
aterrr kat malaysia panas sokmo, so bila dapat sejuk gini wajib menjakun.

urusan beli tiket berjalan lancar sebab ajaq ngan ayu dah bagi direction gini gitu.
nali? nali? nali? nali tu nak ke mana yer..
naik bas sekalian dgn grup dari malaysia.
tapi awat tak nampak pun dema dalam flight tadi?
diorang naik airlines lain kot. ermm…

dari airport ke rumah ayu lebih kurang 45 minit.
sampai kat stesen terakhir, kami pun turun sebab driver nya cam cakap panjang. ingat kot dia kata ‘ini adalah stesen yang terakhir yer’
rupa rupanya bukan. ntah apa dia cakap ntah.

dan sib baik jugak sebelum datang hari tu kan ajaq sudah bagi aku sim card taiwan.
so terus calling calling ayu.
rupanya ayu di seberang jalan sana.


: : dia datang… : :

berpeluk peluk la kami pastu.
tak sangka sampai jugak korang!
heeee… alhamduillah..
lalu menapak lah kami ke rumah ayu.

sampai sampai bawah apartment ayu, aku nampak sakura!
rasa nak menangis pun ada.
tak sangka sampai jugak aku menjejakkan kaki ke bumi taiwan ni.
dapat tengok sendiri bunga sakura yang indah. (F)


: : terus bergambar sebagai tanda sudah selamat tiba : :


: : agak kecapekan : :

tapi kejap je capek. terus bangun unpack baju.
walaupun kebanyakan baju yang dibawa tiada berguna.
tanpa rasa bersalah susun dalam almari ayu.
dah ayu kata buat macam rumah sendiri. kita kasik sesah la..

malam ada dinner dengan orang orang special.
murah rezeki, baru sampai dah ada orang nak belanja. wink wink..

12 thoughts on “Welcome to Taiwan!

  1. hahhhahah soka soka!! nasib baik ko pakai baju pink aku pakai baju merah.. dari jauh leh nampak.. leh babai2 lagi.. sambung sambunggggg

  2. bukan akak bekpes kt marrybrown ke aritu?

    kita silap nengok kot…

    ok x sabar kisah selanjutnya

Comments are closed.