Taipei International Flora Exposition

kata pergi taiwan musim bunga, so wajib lah ada gambar dengan bunga bunga yer..
walaupun musim bunga tapi tatap sejuknya menggigil..
jangan ko ingat aku ngan ernie saja suka suki nak pakai tetebal semata nak bergaya plak yer.
memang sejuk nya lain macam tahun nie kata ayu.
mungkin jugak disebabkan global warming. hermm..

dari muzium kami ke flora expo.
bayaran masuk NTD200.
tapi puas hati la sebab dalam nie besar sangat.
kekira cam ada 2 seksyen.
so kita cerita seksyen yang pertama dulu ek..

apek teksi tu drop kitorang jauh gila k..
pastu buat bahasa isyarat suruh pusing.
sebenarnya ko yang pemalas nak pusing kan pek..
menapak lah aku ngan ernie pepelan ke pintu masuk.
sib baik cuaca sejuk so takde la rasa sangat penatnya.

kat seksyen nie more to dia buat replika negara negara.
tapi ntah cam tak banyak je negara yang aku nampak.
apa apa je la kan..
so kita bergambar je lah kat mana negara yang ada.

memula adalah thailand. i’ve been to thailand twice.
memula gi hatyai. pastu gi bangkok.
insyaAllah dalam plan mau ke chiang mai / chiang rai, tapi taktau la lagi bilanya.
sapa mau ikut? nanti kita cerita cerita ek…

kemudian indonesia. i’ve been there twice jugak.
medan, bandung, puncak  & jakarta.
dan akan ke indonesia sekali lagi.. bulan 6 akan datang.
nantikan entry terbaru esok eceh sempat tuh..

next adalah india.
sebagai seorang penggemar filem tamil yang tegar, harus aku angan angan jugak mau ke india.
tak kisah lah new delhi ke, mumbai ke, chennai ke..
tapi pun taktau lah bila. mungkin 1000 tahun lagi.

kemudian hong kong.
teringin jugak sebab mau pi disneyland.
nama pun pi disneyland, jadi harus mau hangkut yaya sekali.
mungkin ini 2000 tahun lagi akan menjadi kenyataan. heh.

hawaii??
tak termasuk dalam list sebab tak mampu.
sekian.

next filipina.
ok ini memang wajib mau pegi sebelum usia ku 40 tahun.
kata nak completekan 10 negara asean. nyeh nyeh..

yang nie taktau negara apa. sepanyol kot.
ke bukan negara? just letak replika gereja je? ntah.

dan yang ditunggu tunggu..
malaysia oh tanah airku, tanah tempat tumpah darahku *sambil kibar bendera malaysia
tapi hiasan dalaman dia cam kureng la..
cam tak menunjukkan ciri ciri kemalaysiaan pun.
hoi hoi hoi komplen lagi.. heee em sorry…

dari seksyen pertama tu terus lalu floral tunnel untuk ke seberang jalan.
tapi idok ler lalu tunnel bawah tanah ke hapa.
nama jer floral tunnel. biasalah nama kena gempak..
baru orang merasa kagum..

cantik shot ni.. cuma cam cacat kat serkup tok ti aku tu.
tapi sebenarnya yang belah bawah tu bukan bonjolan rambut aku ke ek..
tu effect orang depan aku tu.. rambut dia tu..

kena lalu jejantas ni untuk ke seberang.
masa bergambar nie kan, aku rasa cam badan terhenjut henjut.
nyaris nyaris aku nak menjerit ‘earthquake, earthquake’
tapi bila cakap ngan ernie, ernie kata sebab kereta lalu lalang kat bawah lah.
he he over aku kan..
sib baik aku tak jerit, kalau tak harus aku yang di ‘earthquake’kan. kui kui..

eh lupa nak cerita, masa kat sini kan..
kitorang tengok barisan panjang orang dok beratur.
memula la aku ngan ernie dok mushkil mushkil nak kepochi.
kat negara sendiri pun kepochi, inikan pulak negara orang.
nak tanya, of coz sepatah haram nak cakap tak reti.
masa nak gerak dari sini, tengok q tu dah kurang.
tetiba ernie terus masuk dalam barisan.
aku pun follow la jugak.

rupa rupanya diorang q sebab nak vote taman mana paling lawa.
haisyooo motip sangat okk…
sebab barisannya panjang menggila tau.
last last aku vote taman hong kong sebab tak jumpa pun taman malaysia, tak masuk top list kot? ke sabotaj?
dapatlah pen kaler pink sorang sebatang.
gituler ceritanya…

8 thoughts on “Taipei International Flora Exposition

  1. Malaysia xdek eh..pic 4 terakhir tuh xleh vote erk..ape2 pun ai like pic ke-2 terakhir tuh…tambah cute sbb cam membulat2 munge2 bergantungan…pic last..uncle apek tuh nengok u ke hapa..sib baek pic nih tk dek efek munyik ke hapa..klu idak leh bygkan gegaran ‘earthquake’ tuh kan..ekeke 😀

Comments are closed.