Shopping at Handicraft Centre & Wu Fen Fu

hari ke empat di taipei.
pagi tu asalnya nak gi yam shuan. (betul yu spelling gini?)
ladang bunga. tapi malangnya pagi tu hujan agak melebat.
so kenot go lah.
jadi rancangan bertukar, terus ke handicraft centre.

kat sini memang tempat khas la untuk beli tshirt yang berkualiti ngan fridge magnet.
sampai sampai sudah rambang mata ngan fridge magnet nya.
macam aku cakap hari tu, fridge magnet sini mahal tau..
lepas convert lebih kurang RM25 gitu.
tapi kualiti memang terbaik lah..
aku beli beberapa ketul.

pastu mau cari tshirt.
nak pilih tshirt ni pun kekejap ke depan kekejap ke belakang.
rambang mata pun yer, nak milih tulisan pun yer.

pilih punya pilih aku beli 3 helai untuk aku, encik z ngan yaya.
agak memahal jugak.. ermmm dalam NTD390 kot tak silap, maka nya sila darab 3. heh.

pastu beli teh jugak. ayu kata sini teh pun famous.
beli sebungkus untuk in law aku & sekotak untuk diri sendiri.

kali nie aku pakai top to toe baju sendiri no pinjam pinjam dah he he..
sweater tu beli kat taipei main station, murah jerr..
cantik tak? he he he…

ada pun gambar 3 orang. tu pun self timer, takdak orang lalu lalang nak mintak tolong snap. huhu..
berjaya tak taktik aku sembunyi kan badan untuk kelihatan kurus? :-p

dari handicraft centre tahan cab terus pegi wu fen fu mau sambung shopping.
tetiba takut tengok gambar sendiri.
cam pembunuh upahan romannya.
masa ni hujan. tu pasal kena pakai hood.
ko ingat aku sesuka je nak pakai hood tu?

lagi gambar pembunuh upahan.
takuittt…

banyak gak oh aku shopping kat wu fen fu ni.
sebab baju memurah, tu yang cam tak pikir pepanjang main sambar sambar jer..
salah satunya ialah jaket bawah ni la.
NTD200 sahaja. suker suker..

gambar bawah ni bukan kat wu fen fu.
nie kat area rumah ayu. malam balik lepak jap pastu keluar berdua ngan ernie.
sebab mau cari glove. gigih walaupun hari hujan.
anjing bertebaran masa ni ok..
aku ngan ernie cam tawakal jer la semoga kami tidak diekori anjing.

watamat hari keempat di taipei.
sambung untuk hari ke 5 pula. 🙂

16 thoughts on “Shopping at Handicraft Centre & Wu Fen Fu

  1. taiwan n hk sama je.. tang souvenir mahal.. huhuh.. kalau ko bawak aku, bole aku jadi translator kau.. hehehe Aku suka la gambo pembunuh upahan.. :-S

Comments are closed.