Secretaries’ Week 2011 Nostalgia Dato’ Siti Nurhaliza

secretaries week kembali lagi! wut wut…
dan kali nie aku gi nengok dato’ siti nurhaliza jangan jeles..
ok lepas aku buat kiraan nie kali ke 3 aku nonton beliau perfom di minggu setiausaha.
anjuran quality hotel tapi dibuat di matrade sana.
sekangkang monyet je perjalanan dari office aku.

dapat table 62.
nak cerita sikit boleh tak, atas table ni memang dah diletak biskut loacker tuh.
secara logiknya untuk dimakan beramai ramai lah kan oleh ahli meja.
tup tup show belum habis, tetiba sorang minah ni sudah amik dan letak depan dia. ingat kot nak bukak makan sesama.
tapi dia biar je kat situ which aku saspek cam dia nak sebat sorang la.

dengan darah panglima yang mengalir, aku suruh ernie mintak kat kawan sebelah dia. sebab masa tu dia takde pi amik gambar kot.
kawan dia bagi tanpa berkata apa, lalu aku pun bukak.
letak tetengah dan ngap ngapp..
bukan la kita hadapkan sangat biskut tu tapi cara dia yang aku rasa agak kurang manis.
kalau kitorang dah blah, lain lah kalau ko nak sebat.
atau kalau bebetul ko nak sangat benda alah tu, bagitau je.
boleh tak i nak amik biskut nie. teringat anak i kat rumah.
pasti la aku bagi. ini cam takde budi bahasa jer. heh.

sebelum start majlis, ada fashion show dari gulatis.
sebab gulatis salah satu penaja jugak.
banyak gila oh penaja. aku rasa dekat 20 puluh syarikat kot.

itu lah dia baju baru saya. dibeli di sogo sana.
jenama apa ek.. ermm tak ingat pulak. RM60.

kita makan dulu! aku tak makan banyak pun.
semua pun amik sesikit mau rasa. nasi wajib tolak tepi.
ada kambing, salmon, salad, pastu makan mee rebus.amik buah buahan ngan minum teh tarik.heee habislah memang aku dah addict teh tarik.
ernie pun tanya ‘eh sejak bila ko minum teh tarik nie?’
huhuhu…

artis undangan adam AF.
sedap jugak eh suara dia. ingat kot dia tak boleh nyanyi.
dia nyanyi lagu my baby you ngan jatuh.

pembukaan show gimik gegila.
tutup ngan kain bagai. pastu keluar suara siti.
semua dah diam. satu ballroom membisu.
tup tup si dee yang keluar. memang sengal tau dee nie.
dan kemudia baru la taraaaaaaaaa…. tokti kita ngan dress hitamnya..

masa nie siti turun stage, gi kat table VIP.
pastu dia tanya soalan kat akak sorang nie.
bila akak ni sebut shima dari pernec.
aku cam ek eh.. kak shima ke ek?
rupanya betul uolls.. kak shima.
kak shima nie aku kenal masa course kat langkawi hari tu.
amboi amboii kemain suka kak shima dipeluk dek siti. hee best best..

nie gambar gambar lain yang sempat snap.
tak pikir apa dah snap bertalu talu.
aku malas nak buh watermark. so please eh anak anak jangan curi gambar ini.
kalau getik sangat nak curi gak, sila link ke blog saya yer. mekasih.

cantik sangat oh dia.. kulit dia licin halus mulus jer.
mekap pun adalah sangat lawa…
cuma aku ngan ernie rimas sebab dia asyik main rambut depan dia tu.
kitorang teringat kat sesungut ‘bespren’ kitorang dulu. teeeetttt….
lekuk sungguh dagu siti ni ek..

show siti ermm ada dalam satu jam 45 minit gitu kot.
banyak gak lagu dia nyanyi. destinasi cinta, cindai, and medley lagu campur campur bahasa inggeris ngan lagu lagu lain.
dia nyanyi lagu mariah carey my all tu meremang bulu mata oh…

pastu cam biasalah ada adegan usik mengusik boss & secretary dan menari ramai2 atas stage.
semua pun dapat peluk cium laga pipi ngan siti.
‘sorry la siti berpeluh nie’
peluh ko tu yang mahal cik siti oii.. he he he..

eh siti ada nyanyi lagu bukan cinta biasa versi anugerah bintang popular tu tau.
yang ada i want nobody but u tu.
aku siap rakam, encik z suh letak kat youtube.
nanti la kalau rajin aku buat.
kalau takde gak, aku tak buat buat la tu heh.

nie dee dalam persalinannya yang ke 3.
harus lah semua baju bajunya merapek oh..
dress bling bling bulu bulu bagai. tapi dia tatap maintain kelakar :-p

nie table sebelah aku. semua pun cikgu cikgu.
2 orang dari table nie menang hadiah utama ko.
sorang dapat rantai rafflesia worth 5k.
sorang lagi menang flight ticket ke dubai. hu huuu…
teringat dulu si juhaida menang flight ticket jugak tapi ke london.
best gilaa..

with kak shima & sheela, dedua pun dari pernec.
dedua pun aku kenal kat langkawi.

berlatarbelakangkan stage.
tengok belakang tu, semua sponsor lah tu.

takde orang nak snap kan gambar berdua.
so snap dalam toilet sudah he he he…

lagi gambar depan cermin.
tapi kali nie depan lif.
terima kasih pada yang cipta lif ada cermin LOL

kat luar ballroom tu ada jualan simplysiti less 20%, pastu ada jualan rafflesia ngan baju dan tudung dari jakel.
baju siap memang cantik cantik oh.
tapi harganya pun cantik jugak. RM400++ ko mampu??

ek eh nampak dee aka kaktimah.
jom bergambar!

nie barangan doorgift untuk tahun nie.
agak meriah la walaupun ada yang cam sama macam tahun lepas.
dapat selendang merah hitam. dah try test dah. lawa! hikss..

oh yer aku jumpa 2 orang silent reader kat sini tau.
tapi rasa cam dedua tak cakap nama dorang pun.
dorang tegur pastu bagitau kata diorang silent reader blog aku.
heeee apa laga tersipu sipu la aku memalu..
korang 2 orang sila wave di sini..
mekasih sebab tegur saya.. terus rasa disayangi 😉

last but not least, terima kasih tak terhingga pada boss kesayangan saya iaitu Puan Nor Aslaini sebab belanja saya tengok show Dato’ Siti Nurhaliza ini.
dan juga terima kasih pada kawan saya Ernie Zuraida sebab teman saya.

sekian, terima kasih.

18 thoughts on “Secretaries’ Week 2011 Nostalgia Dato’ Siti Nurhaliza

  1. best gak jadi secretary kan..setiap tahun dirai… 😀

    librarian cabuk xde pon wawawaw

  2. salam mya, sepanjang hidup ni cuma sekali je nor diajak gi SW, itu pun beberapa tahun lepas tuk tengok Anuar Zain kat Equatorial Hotel.

    akak tu siap amik biskut tu ke..hihih…ada gak manusia camtu yer.

    • salam kak nor. hee ok la tu dari takdok, ramai minat tgk Anuar zain ek..

      haah, gitu ler peel org tu.. agak kurang beradap la bg sy huhu..

Comments are closed.