Jom ke Taipei 101

Berbekalkan buku hikmat di tangan, pagi hari kedua tu semangatlah kami berdua bangun nak ke Taipei 101.


: : depan apartment ayu : :

buat pengetahuan korang, baju merah boot glove mafla tu semua ayu punya.
aterrr kan aku pi tu waktu spring. bunga bunga.
ingatkan idok ler sejuk bebenau. rerupanya.. sejuk oh..
tu yang aku cakap baju baju yang aku ngan ernie bawak semua tak berguna.
semua pun terselindung di sebalik baju baju tebal.


: : dalam cab. muka pucat huhu : :

sekejapan sudah sampai depan bangunan 101 taipei.
korang tau tak yang 101 taipei ni adalah bangunan tertinggi sejak dari 2004 sampai lah 2010 bila Burj Khalifa in Dubai ambik alih.
kekira 101 taipei ni lagi tinggi la dari petronas twin tower kita.

sayang gambar depan ni aku amik sekeping jer.
patutnya amik la 2,3 keping kan. tsktsktsktksk…
makanya ini lah gambar one and only bersignboardkan taipei 101.

bersungguh sungguh aku ngan ernie nak dapatkan angle bangunan, tapi harammm…
aterrr dedua pengkong bila pegang kamera walaupun laki memasing photographer. pasrah…


aku suka gambar ni.. i mean huruf huruf LOVE tu.
rasa cam kat europe plak.. he he he.. i like..

nie semua gambar sekitar bangunan.
kitorang saja pusing jalan jalan kat luar.
jalan sesiap la takut kang later later hujan ke apa.
sejuk ko takyah cerita la… kitorang bertahan je tu..
aku pakai legging. sejuk ler kaki..

ok dah puas jalan kat bawah, jom gi naik ke observatory plak!
tapi tu next entry yer…

10 thoughts on “Jom ke Taipei 101

    • ok la tu.. u kan mmg tertunggu2 musim panas.. nk tdo pakai singlet n suar pendek he he..

    • kalau tetiap tahun aku pi jalan negara winter ok gak la kak..
      kalau 10 tahun sekali pegi, mana romannya nak pakai sepersalinan tu..
      kang pakai gi genting org kata buang tebiat plak.. huhu..

Comments are closed.