Hasil Shopping’an di Taiwan

secara luarannya aku memang bukan kaki shopping.
memang jarang la aku nak habiskan ratusan apatah lagi ribuan ringgit untuk shopping mopping ni. mopping?
dulu masa gi bandung & jakarta pun mana ada aku shopping banyak.
siap bawak balik rupiah untuk tukar ke RM semula.
eh adalah beli 4,5 helai baju.
tak semeriah geng aku yang gi sesama masa tu. shopping tak hengat!

tapi dah nama pun wanita sejati, mesti lah nun di sudut hati bila dah travel jejauh ni nak shopping shopping gak kan.
buat kenang kenangan gitu.
nak repeat balik ke taiwan ni pastilah mustahil.

jadinya nak share share kat korang apa yang aku beli kat sana.
ini bukan entry menunjuk tau. jangan salah faham yerh.. ini entry sharing is caring.

memula sekali aku beli bekal pisang nie.
kekdahnya orang taiwan suka makan pisang, dan pisang kat sana kekecik.
aku beli bekal pisang ni khas untuk encik z sebab dia suka makan pisang.
boleh bawak bekal bila dia gi main bola ataupun hoki.

kemudian ialah boot ini.
dari kl memekak mekak nak cari boot, takde saiz.
sampai taiwan dok belasah boot ayu.
dan akhirnya berjaya jugak memiliki boot sendiri.
berapa eh hari tu aku cakap harga boot nie? rasanya dalam RM80 kot.

sweater kelabu nie aku beli pun sebab murah.
eh boleh kata benda benda aku beli kat taiwan nie adalah sebab murah.
lepas tu baru tengok lawa ke tidak.
apa nak kata, dah cheapskate memanglah begini.

kemudian sweater merah ala-ala pink ini.
pun murah jugak NTD190 lebih kurang RM20. gila ko tak murah?
encik z lepas tu marah kenapa tak beli untuk dia sekali. heh.

baju ni paling menawan sukma.
sib baik aku nampak dulu. kalau ernie pun nampak sekali harus tarik tarik tudung berebut.
mana taknya, cuma NTD150. sama dengan RM16.
tak nangis ko nak beli.
kualiti adalah terbaik, sbb jenis kait-kait tu kan.
warna plak kelabu dengan simbol cinta di depan. minimalis gitu.

tapi kan.. baju ni plak yang paling mahal aku beli.
almost RM100. nangisss…
tapi sebab tengok sekali lalu cam lawa sangat.
tu yang pejam mata beli jugaklah.
beli satu yang mahal tanda kenangan dari taiwan katanya.

baju ni ko jangan gegila nak pakai kat KL tengah panas terik.
sebab baju ni memang khas untuk winter.
aku pakai sekejap sampai KL terus berkuap ko…
dalam flight ok lagi la kan sebab aircond sejuk.
sampai LCCT terus cam helppppp panasss…
memang kena pakai gi genting highlands ke, gi cameron highlands ke atau bukit fraser. heee…

pastu glove ni ha. hee nak jugak bagitau kan, walhal benda kecik je.
aku ada satu glove je yang kaler pink yang aku selalu pakai tu la.
tu rasa cam molek gak kalau beli satu dari taiwan.
beli warna hitam je senang nak matching matching.

nie kat window on china.
terpesona dengan tshirt doraemon ini.
tapi mahal tau. so nak beli kat orang lain tak leh.
beli kat diri sendiri sudah. berangan budak budak sangat kan.
bak kata kak ogy, i remaja purba. huhuuu…

tshirt panda nie beli kat zoo taipei. dapat free towel kecik.
pun mahal jugak. kat sana memang tshirt mahal mahal, sebab diorang memang buat yang berkualiti punya.
semua pun tebal, takde nipis nipis.
kira kalau ko nak beli 10ringgit satu memang tak dapatlah.

nie pun beli kat zoo taipei.
mahal gak.. satu dalam RM21. tapi fikir boleh letak dalam myavi.
ada kenangan jugak dalam myavi, so beli lah 2 ketul.
tamak tak agak agak terus up 2 ketul kan..
pastu bercinta nak pack sebab amik space banyak bantal nih.

nie pun beli kat zoo taipei.
beg pink tu sebab mikir nak sumbat barang barang dah beli.
so macam stylo sikit kalau ada beg molek kan.
yang beg plastik tu plak saja gatal beli nak buat kenangan jugak.
banyak lah ko punya kenangan normaya kannn…

3 helai tshirt corak taiwan.
nak cari yang i love taiwan atau welcome to taiwan besar besar nan hadoo plak.
dapat tulisan karekter cina ni pun ok la kot.
nanti ada kesempatan nak pakai together gether 3 beranak.
cumanya kan, aku terbeli saiz besar sikit. saiz M.
patutnya amik S. tsktstksktsk…

baju mickey mouse ni dah rasmi hari tu masa gi makan sengkuang kacang.
takde sebab musabab, comel dan murah dan nak berangan muda lagi.
itu saja.

fridge magnet, poskad kayu & jade kecil.
jade & FM tu dah bagi / jual kat kawan kawan rapat.
poskad kayu untuk simpanan sendiri.

pastu aku beli makanan jugak. of coz makanan yang halal uolls.
tart pineapple tu sedap. nanti kalau ayu balik sini nak kirim lah.
teh untuk mak mertua aku dan yang kecik tu untuk minum sendiri.
pastu kuaci labu untuk ngap ngap sendiri jugak.

nie untuk yaya, caca, cici & kaklong.
kaklong aku beli key kepala tuh. yaya topi, snowcap, seluar & kasut.
caca kasut & berus gigi. cici plak seluar hitam merah itu.

nie gambar yang orang taipei 101 snap kan.
wajib beli oh untuk kenangan persahabatan kami yang  membawa sehingga ke taiwan 🙂

ingatkan bekal pisang tu benda first aku beli kat taiwan.
rupanya tidak lorr.. singlet nie yang pertama aku beli.
sebab memula ingatkan NTD100. rupanya NTD 100 ke atas cehhh..
dah letak kat kaunter, cam keji plak tak beli.
so beli lah dengan harga NTD190. tapi sokayy la kualitinya terbaik.

yang nie plak beli di awan biru.
tshirt air asia. ekekeke..
selalu kalau ngan encik z mesti tak dapat nak beli.
nanti lah, lain kali lah, tak payah lah.
ni dah dia takde, aku sambarrrrrr….
nanti leh pakai sesama. suker sukerr…

rasa rasanya nie je kot yang aku beli masa kat sana.
ermm berapa aku spent untuk trip taiwan ni eh?
aku tukar duit hari tu RM1600.
aku bawak balik dalam RM300.
so lu pikir la sendiri berapa aku dah belanja.

tapi money is not everything.
bak kata juliana evans dalam melodi semalam “money and everything is the last thing”
ewahh.. tapi kalau dah tak berduit hidup porak peranda pinjam meminjam tak guna jugak.

jadi marilah kita berpijak di bumi yang nyata dan mengukur baju di badan sendiri.
eh eh tetiba out of topic. sorry!! 😛

16 thoughts on “Hasil Shopping’an di Taiwan

  1. bila g jenjln, sronok jln2, lupa nak shopping..klau shopping pun sebab nak buat kenangan kan?nak2 klau g obersea, bukan slalu leh g ye dok? makanya, shopping yg penting2 saja..

  2. Baju merah yang mahal itu sangattt menggoda. Merah jugak lagi yg I berkenan.. keh keh keh. Ooo dan bantal panda itu juge! 😉

Comments are closed.