Dari Lubuk Manggis ke Cyberjaya

dari lubuk manggis kami shoot ke cyberjaya atas cadangan pijah.
sebab situ katanya ada kawasan lapang untuk picnic ngan bbq bagai.
so ke sanalah kita.
memasing dah berpecah masa ni, jumpa terus kat sana jer.

antara hidangan kami hari tu.
sampai sampai semua terjah bihun goreng pijah.
kelaparan la.. dari pagi ko memang tak makan apa.
dalam bekas ‘takper ware’ tu ada tembikai aku bawak.
dah potong sesiap dari rumah. licin boliau tembikai aku.

terus siap siap buat aktiviti pembakaran.
bak kata pijah, kita bako bako bako jerr…


: : bapak bapak buat aktiviti pembakaran : :


: : ada ikan kembung : :


: : ada ayam dan kambing. ikan pari pun ada tau : :


: : haippp gayut ngan sapa tu ha? : :


: : fad sibuk amik gambo : :

sian nurin memula sensorang.
selalu kalau ada majlis mesti yaya ada kan.
nie yaya takde. dia plak jenis segan segan.
tu yang sibuk ngan aktiviti colouring.

tapi pastu baru berkawan kawan ngan esha, amelyn & alya.
behave diorang nie semua, aku suka.
takde nak melompat menakal tak menentu.
keep up the good attitude anak anak. *tiba tiba kan..

tapi yang paling tak boleh menahan si nur’ain shah ni.
dulu kekecik tak nampak sangat rupa parasnya.
bila dah besau ni kemain mencomel aku tengok.
rasa nak lempang pun ada sebab comel sangat.
wah sesuka hati nak lempang anak orang.
dah habis pikir?

lepas makan bihun goreng, duduk borak borak la bentar sementara menunggu BBQ semua siap.
pijah kat belakang tu tengah belek dahi si esha.
si esha sudah terhantuk pintu kereta. eh pintu kereta ke dinding cikjah?
tetiba aku hilang ingatan macam aku plak yang terhantuk.

nida tengah membz ngan muhammad.
mariah tengah pangku amir menyusu.
alya tengah makan sensorang.
pijah pun tengah melahap.


:  : ayah mithali. eceh : :


: :  mya, mariah, ernie, pijah, nida : :

kami nie rakan sepoliteknik. satu kelas lah dulu.
persamaan kami ialah sama sama asal utara iaitu perak & kedah.
bukan persamaan kami ialah aku blogger tegar tapi diorang blogger ala ala.
nak suh update punya la meliattt..

eh tapi pijah, awak dah up dulu kan entry picnic nie? heee…

ini namanya lambaian usop wilcha soley soley.
tapi kalau nak tukar jadi lambaian ratu pun boleh gak.

kakmie, sampai skang aku tak dapat nak jawab soalan ko.
antara ratu & diva mana lagi meletup eh?

dah habis sessi makan makan, apa laga.. sessi tapau menapau la…
tapau kambing, sayur campur, air asam, sos BBQ.. memang kenyang sampai ke malam oh…

bebudak dok tanya bila nak mandi sungai, bila nak mandi sungai.
alahai sian dorang kan..
aterr dah janji kata nak gi mandi sungai..
ingat kot nak pi terjun swimming pool kat belakang kelab komuniti cyberjaya ni, tapi under maintenance plak. huhu..
tengok nurin dah siap salin baju mandi lagi..
next time la eh sayang..

masa untuk bergambar bersama singer menawan keluarga bahagia..
guna multi shot.
so aku mau jaja gambar yang lawa lawa ini..

memula semua ok la statik..

pastu buat lambain diva dan divo..

taktau nak buat apa dah.. gelak..

ini posing ikut suka hati ko lah labu..
cikjah, cik li kontrol macho noo kat belakang nun..

yang penting kitorang semua happy n having soooo much fun!
pasal tak dapat mandi sungai tu, takpelah.. kita cuma merancang Allah Taala jua yang menentukan.
insyaAllah one fine day kita plan lain waktu cuaca molek.
semua yang berlaku ada hikmahnya… 🙂

14 thoughts on “Dari Lubuk Manggis ke Cyberjaya

  1. rasa nak gigit2 pipi anak ernie tuh, like mother like son gitu …see, i pun dah kenal kengkawan u mya 😉

  2. Sukanya.. memang nak kena plan lagi la pegi mandi sungai…. Alya masih dok tuntut nak mandi sungai… walaupun dah bawak mandi pool….

    • lain oh nikmat mandi sungai dan mandi pool.
      harus kita realisasikan rancangan kita ni di masa depan

  3. kita kena cari bulan2 yg cuacanya panas kalau nak picnic lg :)….lg best mkn jagung bakar /ayam/ikan kambing segala yg dah kena bakor dlm sg yg mengalir hik hik hik.

  4. 🙂 ibu Nur’ain plak yg kembgang kempis… hahahahahah… gitu…
    mya jgn geram smpi lempang anak aku… lempang la anak org yg menakal…. erk…

    • anak org yg menakal sila main jauh2 dari aku.. mmg aku menyampah..
      tak ingin aku nak kotorkan jari jemari mulus ku dengan menyentuh pipi anak org yg menakal itu. heh.

  5. alamaaak.. tetiba ko punya statement singa menawan keluarga bahagia jadi tajuk entry aku arini…? sorry, tidak sengaja… baru terperasan

Comments are closed.