Bila Anak Anak Berkasih Sayang

ini cerita tentang anak saya dan juga anak saudara saya.
seorang bernama yasmin @ yaya. dan seorang bernama nur shazleen @ caca.

diorang dua memang rapat sebab ye la side aku mana ada sapa lagi pun.
yaya cucu sulung. diikuti dengan caca.
so memang merapat lah mereka expecially bila masing masing dah besar nie.

tapi nama pun caca kecik, harus cam dia kurang nak mengalah.
suka rebut rebut barang dari yaya.
alhamdulillah so far yaya memang banyak beralah.
tapi caca ni memula je dia rebut, sebab dia cam tak suka diarah-arah.
pastu nanti automatik dia sendiri yang cakap jom kakak main shama shama.

konsepnya, jangan memaksa diriku.
aku jua tidak akan memaksa dirimu. gitu.

kisah 2 hari yang berbeza.
hari pertama bawak diorang ke tesco.
yang beli birthday cake mama tu lah.
then stop kejap bagi diorang main main kat sini.

kisah hari kedua lain pula ceritanya.
dua dua request nak buat tocang.
aku tocangkan rambut yaya. sebab rambut dia pendek so kena tocang dua lah kan.
kaklong plak tocangkan rambut caca.
knowing kaklong, kalau dia buat dandan tocang lekat kat aku, memang dia tarik rambut tu seketat ketatnya.
perfectionist punya orang, nak jadi cerita tocang dua caca tu senget plak.

kaklong bukak balik, so terjerit-jerit lah caca.
dia every time kaklong tocang mesti cam shakit la ibuuu.. shakit laaa..
he he he.. sian awak ca..
sudahnya ditocang satu saja..

dah habis tocang, aku masuk la dalam bilik nak siap siap.
tetiba dengar suara caca menjerit ‘KAKAKKKKKK!!!!’
aku pun berlari la keluar.
rupanya rantai tangan yaya sudah tersangkut kat rambut caca.
yang yaya takut kena marah, cepat cepat nak tarik.
harus kesakitan tu yang caca menjerit tuh.

dua dua berebut nak bukak pintu rupanya.
masing masing takut kena tinggal sebab sebelum tu aku ada cakap takpayah ikut la. mommy pegi kejap je. walhal aku gurau jer.
alahai….

mama apa lagi menjerit jugak la marah kat dedua sambil nak leraikan rantai tangan yaya tu dari rambut caca.
bila aku datang mama cakap hah kamu buatlah!’
huhu… mama tu nampak je cam tenang tenang.
ada waktu bila menggarang, ketakutan ok..

yang kaklong pulak jerit marahkan caca.
takde la salahkan kaklong, dia tengah pantang.
dengan letih nya, dengan cici nya.
bila caca sedu sedan tak henti nangis, lagi kaklong jerit.

terus aku tarik caca dan rangkul yaya dua dua sama sama.
peluk diorang kuat kuat.
lagi galak meraung dedua.
terus aku pujuk kata dua dua mommy sayang.
yaya mommy sayang, caca pun mommy sayang.
mommy takkan tinggal. lain kali jangan rebut rebut ok.

dedua pun angguk angguk.

nie je gambar aku sempat snap masa dah naik kereta.
dua dua diam. yaya airmata dok ngalir.
caca main brick game dia, walhal pura pura jer, macam la dia reti main.
dua dua ni racun. dua dua juga penawar.
sayang sangat kat diorang haish…

sampai kat giant, sebelum turun aku suruh diorang salam salam.
dedua peluk memeluk. terharu la kot.
kemudian kasih pun kembali terjalin. (L)


: : ayah jugak yang relax : :

dari giant gerak ke the store.
cam biasa lah mau beli bra. siap ber bra baru i kat taiwan tau.
motip sangat nak cerita kat sini. 😛
lepas tu makan KFC ramai ramai..

P/ S : walaupun berjauhan, kasih dan sayang kami tidak pernah surut.
semoga di satu hari yang indah, kasih ini akan bertautan.. insyaAllah..

19 thoughts on “Bila Anak Anak Berkasih Sayang

  1. alahaiiii… menyentuh jiwa dan ragaku entry mu kali ni normaya! kasih sayang memang indah.. mak laik sangat!!

  2. Aku sampai sekarang masih terpikir.. apakah kaitannya ‘bra’ itu? hahahaha tapi apapun.. gitula bebudak.. aku suka gambar yg last tu.. yaya.. cecepat ler beradik.. bior meriah!

Comments are closed.