Aktiviti di Malam Hari

kat taiwan memang kitorang tak keluar pun malam malam.
kira kalau jalan jalan kebetulan sampai malam, ha terus stay sampai dinner.
pastu balik rumah.
takde nya dah balik rumah nak keluar keluar.
eh ada sekali keluar tu pun pasal nak cari glove.

jadi aktiviti malam hari kalau tak nonton tv, mengadap laptop.
dan baring baring sambil borak borak.
malam sini sejuk oh. siang pun sejuk jugak.
jadi bila sejuk tu, ko nak duduk depan heater je la doplohempat jam.


: : propah sangat ko ayu : :


: : sejukkkkk : :


: : ini rupa paras heater kat bilik yang aku ngan ernie tidur : :

malam terakhir dimanfaatkan sepenuhnya.
baring baring atas katil sambil gossip gitu gini.
ada ke ayu kata suara aku bila bercakap cam langau?
#$%^&*()*^%$#@$%^&*)
tapi takpe tak sentap pon.
dia kata aku bila emosi bercerita bersungguh sungguh.
memetir metir kekdahnya.
apa nak buat yu, bukan kupinta suaraku begini.

camwhore berdua.
masa nie ernie tengah dok ralit mengadap facebooknya.

kemudian camwhore bertiga.
memacam gaya ko. ada banyak lagi kat facebook sana.
yang nie pun cam banyak aku letak.
layan je la iyer…


: : ini namanya dari kegelapan menuju kecerahan : :


: : ini namanya tidur dalam kepura puraan : :


: : ini pula tidur dalam iman : :


: : ada ke diorang kata muka aku time nie muka menggoda? nak goda sapa nya pun. bukan laki ada kat taiwan. heh : :


: : sengal punya ayu. ernie bersungguh tidur walhal dia yang snap gambar propa propa : :


: : hidung siapa paling kembang? pastilah hidung normaya : :


: : stokin 2,3 lapis : :

tiap tiap malam pakai baju tebal 3, 4 helai.
tu pun tatapppp sejuk gedik gedik. 10 – 12 darjah celsius.
cer citer sejuk tak sejuknya..
memang seminggu aku kat taipei nie aku susah nak tidur sebab sejuk sangat.
heater pun cam ala ala semput je nak keluarkan kepanasan.

maka nya, mari lah kita sama sama menghargai cuaca di malaysia.
jangan komplen kalau panas panas.
eceh.. walhal aku yang selalu komplen kan.. nak jugak drag korang sama…

10 thoughts on “Aktiviti di Malam Hari

Comments are closed.