Terbeli Pakej… Ter Ok Ter..

sapa pegi matta fair hari tu?
heee aku pegi.
taktau la kenapa pegi.
masa memula cakap ngan encik z, dia pun cam ok jer.
takde kata takyah ke hapa.
maka nya pergilah kami.

mula mula plan nak gi awal.
kira nak keluar rumah kul 9 pagi.
nak gi breakfast kat mamak semua.
ngam ngam la kul 10 pagi nak sampai kat pwtc.
tapi biasalah, janji tinggal janji.

pong pang gedebuk gedebak. kul 11 pagi baru kuar rumah.
nie takde anak kecik pun lambat.
sok sok ada anak kecik mau plan nak keluar kul 9 pagi, 9 malam sudahnya keluar. ok tipu.

jalan jem sikit kat bulatan pahang tu.
tapi ngam ngam kul 12 tengah hari sampailah kami kat pwtc.
park kat the mall.
masa kitorang sampai nie orang tak meramai sangat.
kot la awal lagi jugak kot. ek?

bayaran masuk cam biasalah RM3.
dapat pas masuk kaler pink lagi.

aku tak ronda langsung kat bahagian malaysia.
terus nonong nonong pi bahagian oversea punya.
kekwat nau ko kan normaya. heee..
bukanlah kekwat, tapi memang pikior takde nak gi mana mana cuti cuti malaysia, tu yang terus pi kat hall oversea tuh.

minah cina nie sengal lah.
serba serbi taktau.
tu pun aku kira sendiri, tulis sendiri.
reject ah!

seterusnya…
mamat cina nie memang pandai gebang.
dekat sejam prong prang prong pang bagai, terus aku terpedaya.
bley?
letak deposit RM200 terus!
bila bab bab cuti cuti nie memang biasa aku yang keluar duit, so encik z mengikut jer la..
‘duit saya cukup nak bagi awak makan jer. jalan jalan nie semua tak cukup’

heeee… haruslah kan..
jalan jalan nie semua kehendak saja. bukan keperluan.
kalau semua ko nak sumbat dalam kepala suami, mau belum umur 35 tahun, dah gugur selai demi selai rambut laki ko.

tapi kan.. lepas deal tu kan..
terus aku cam terpikir…
minggu depan aku nak gi taiwan.
hujung bulan 4 aku nak gi dot dot dot dan dot dot dot..
haisyooo… mana mau cekau duit vavavavava…

tarik nafas.. lepas.. tarik nafas.. lepas….
insyaAllah mudah mudahan ada rezeki terpijak aku nanti.
amin amin…

destinasi aku ke mana?
nanti aku story story k..
sebab aku ingat nak ajak korang..
sapa sapa yang berminat lah nak join vacation aku ni.
the more the merrier gitu.
jangan risau tak jauh mana pun tempat aku nak gi ni.
dan aku rasa cam ramai je dah penah pegi.
aku jer tak sampai sampai.

lepas tu sambung ronda ronda lagi.
kebetulan kat stage utama diorang tengah buat promosi melawat taiwan.
wah apa laga, terus la aku duduk dan dengar penerangan mamat nih.
macam tau tau je kan aku nak gi taiwan kan..

dan dari penerangan beliau, memang taiwan dah setanding jepun dan korea.
kan cam orang kalau nak gi vacation je, selalu pun pilih jepun ngan korea.
jarang nau yang nak gi taiwan.
so korang yang dah penah gi jepun dan korea, maybe leh consider untuk ke taiwan plak k..

pastu terus ke booth taiwan.
besar besaran diorang bukak.
orang orang yang ada pun semua orang taiwan.
sepatah haram tak paham aku cakap apa.
aku lagi la tak paham diorang cakap apa hehe..

dapat 2 ketul kek pineapple.
dah makan dah. sedap!

aku ada amik brochures pasal taiwan.
nanti ada masa aku sharing sharing.
tak sabarnya nak fly ke taiwan.
ayu, itinerary dah siap belum? (H)

10 thoughts on “Terbeli Pakej… Ter Ok Ter..

  1. bessssnyer jalan lagi.
    nnt kita gi la sesama eh. tggu aku kayo lu.

    tang rambut suami gugur tu tak menahan, tetiba terrrrsentap muahahah

    • dan tunggu bebudak besar. insyaAllah kita jenjalan sesama ek kak..

      err err jangan sentap.. takde kena mengena ngan ko yer. heh

  2. wah syok nyer dapat jenjalan .. klu lah keje bin ni senang cuti boleh gak tumpang2 sekaki ikut maya gi holiday kan .. huwaaa..sedihhhh

  3. ishhh akak nie gie bli kat cina napa??napa tak dtg kat booth sy..sy bg akak diskaun baik punya…akak punya pasal sy bg special diskaun….huhuhuhu tmbah2 lg sy mmg uat bahagian oversea…no hal la nak bg diskaun…huhuhuhuhu kebetulan 3 arie tue sy stay PWTC tp tak nampak akak pn :(…tak per bulan sept ader lg matta fair bole beli utk tahun depan lak…by the way en Z cakap tue sama la cm husband sy ckp..uit jalan2 nie sy punya bajet…uit dia cukup2 utk bg brng keperluan jer…oh ya akak plan nak gie mana tue??BALI erk…

    • err errr errr.. akak keterlupaan pasal kamu la dik..
      tu la takpe takde rezeki nak beli kat company awk.. maybe next time..

      errr errr ke mana? nanti kita story story k..

  4. taiwan ek???
    erkk ako bkn apa, cam serik plak nak g negara cino ni..
    heheh tapi takpe, bleh masuk lam kepala hotak dl …

    taiwan! taiwan! taiwan!

Comments are closed.