Sampai Terpercik Percik

ni pun kisah baru baru lepas aku keluar hospital.
memang ada rasa takut nak makan yang tidak tidak, tapi tu la.. takkan hari hari nak cekik bubur nasi ngan roti bakar jer? tok seyyy ler amboo..

terpikir pikir, haaa makan yong tau foo ok kot.
so ke hometown yong tau foo kita.
letaknya di wangsa maju, dekat jer ngan rumah aku.

dia punya yong tau foo besar besar tau.
so ko takyah mentamak nak amik bebanyak.
amik sikit sikit sudah.
melainkan ko memang kuat makan lah.

sebab sakit perut kan, aku minum chinese tea ngan air suam saja.
cer hari biasa, chinese tea nie harus sebelah mata pun aku tak pandang.

past up chicken wings.
chicken wings dia rasa lain tau. tak macam yang ko selalu bayangkan cam orang jual kat gerai gerai tu kan.
nie macam kita goreng kat rumah, tapi lain.
takde salut salut tepung bagai.

punya bersungguh aku makan sampai terpercik percik kuah oh.
dah ler pakai baju putih kan.  ingat pastu nak jalan jalan pun terpaksa kensel.
ngam ngam plak encik z snap gambar baju nie tertera msjbox kan..

kalau ada sesiapa nak register message box, boleh gi ke www.msjbox.com eh..
luahan perasaan sikit. aku bengkak betul la bila orang orang dok buat msjbox aku tu cam forum. aku rasa budak budak ramai tu.
dok berbalas balas mesej like what the heck???

ok dah tu jer luahan perasaannya.
dari makan terus ke luahan perasaan.
apa apa je la kan..

10 thoughts on “Sampai Terpercik Percik

    • aku sbb dah bayar kan.. rugi la kalau tak letak..
      tp agak2 aku amukan, aku disable kan jer.. so org takleh komen

Comments are closed.