Penenggek

first first sekali, korang yang muka ada terpampang kat sini janganlah pulak saman aku yer.
entry nie takde kena mengena ngan readers aku yang lain.
nie kena mengena ngan sorang reader sahaja.
yang aku bulatkan merah tu.

memula masa aku nampak nickname dia, i was like.. ek eh baca jugak ko blog aku yer..
aku tau yang nie nickname lama dia, untuk blog dia yang lama.
sebab dia nie banyak bertukar tukar blog.
ek eh macam mana ko tau normaya. ko skodeng dia ek?
errr errr errr….

lepas tu aku boleh agak, dia mesti hide nuffnang dia.
atau dia baca blog aku dari pc sekian sekian.
so takde la tercapture profile nuffnang dia kat nuffnang aku.
(berbelit belit daaaa)

yang nie profile lama dia, so aku agak mungkin dia terlupa nak off kot.
atau dia ingatkan dia dah hide. gitu la aku rasa.

ok fine, dulu dulu memang aku ada cakap.
kalau tak suka blog aku, tak payah baca.
dont even bother to click pun.
tapi ye la, bak kata sorang tu.. dah blog aku nie open.
sapa sapa boleh bukak, apa daya aku nak halang pun iyer?
kalau betul taknak bagi orang yang aku tak suka baca, private.
senang.
tapi aku nak bagi orang lain baca.
lagi pun dah penat penat beli dot com, motip nak private?

ok maka nya sekarang sapa sapa nak baca sila kan lah.
suka ke tak suka ke duduk diam diam boleh tak..
takpayah lah nak tinggal komen komen anonymous lagi nie.
bila la zaman zaman anonymous ni nak berlalu yer..
move on la…

berbalik pada reader aku nan sorang nie.
yang membuatkan aku terdetik nak up entry nie.
dia dok canang sana sini kata aku nie asyik la bertenggek kat blog dia.
skodeng cerita dia. seolah olah cam dia tu idola aku.
hah tu yang aku geram tu.

dia sendiri yang bertenggek dan skodeng blog aku nie camne citer plak?
betullah orang kata, satu jari tuding kat orang lain, 4 jari tuding diri sendiri.
dia dok memekak mekak cam aku nie menyibuk life dia.
mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
tak tau la bertepatan ke tak peribahasa aku guna nie dengan kisah ni.

ok tutup kisah reader ni.
lepas ni aku dah tak nak amik pot dah la. kot. ek eh ada kot hehe..

ok ini kisah lain iyer…

kalau apa apa musibah terjadi kat diri kita kan..
boleh tak kalau kita muhasabah diri kejap.
aku bagi contoh yer.

dulu ko lekeh lekehkan perempuan yang bertitle JANDA.
kata perangai buruk la sebab tu laki tinggal.
menggedik ngan jantan la sebab tu kena cerai.
laki yang baik untuk perempuan yang baik etc etc etc.

tup tup ko plak kena cerai.
pastu bila orang cakap sikit, ko melenting.
ko emosi, ko marah marah ko angin puting beliung.
boleh tak sekali, just once ko muhasabah diri.

mungkin ni balasan dari Allah sebab keangkuhan dulu.
pandang sinis dan hina pada janda.

instead of ko nak marah marah orang yang mengata ko.
ko redha dan terima. boleh tak?

lagi satu contoh bab pakai pakai tudung nie.
ko dok perli perli kata orang tak pakai tudung bagai.
aku rasa semua perempuan islam kat dunia nie tau akan kewajiban menutup aurat. menutup aurat yer, bukan setakat pakai tudung.

ko nak mengata orang tak pakai tudung, tapi ko sendiri pakai tudung tapi baju ketat, tetek tersembul sembul, bontot terjojos jojos.
korang jangan salah paham. bukan aku nak menidakkan yang haq mahupun menegakkan yang batil.

dari ko perli dan keji orang yang tak pakai tudung, bukan ke lebih elok ko doakan hati dia terbuka untuk bertudung?
mana tau satu hari nanti orang yang ko doa kan tu dah bertudung malah lebih baik dari ko, mendoakan pula ko akan menutup aurat mengikut landasan Islam yang sebenarnya.

ok fine aku nie memang tak layak langsung nak nasihat nasihat orang walhal life sendiri pun kelam kelibut.
ilmu agama aku pun amat cetek.
cuma aku harap kita nie sama sama amik iktibar atas banyak hal yang dah jadi kat kita. dan perbaiki diri dari masa ke semasa.

dunia ni bulat, ada masa kita akan kat atas, ada masa kita kat bawah.
aku tinggalkan korang dengan beberapa info yang aku dapat dari DBP.

definisi menenggek –

1. sentiasa menumpang dll pd orang lain – Kamus Dewan Edisi Empat

2. duduk atau berΒ­tinggung di tempat yg agak tinggi ( Kamus Pelajar Edisi Kedua )

3. terletak miring atau terletak senget sebelah. – kamus pelajar

Bermaksud

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan,

b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

c. Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Takrif

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya.

Kuman di seberang lautan tampak,
gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Burung merpati terbang ke hutan,
Duduk bertenggek di tepi sungai;
Tuan umpama cahaya intan,
Bagai zamrud baru dicanai.

P/S : mungkin ada yang terdetik kata like good good jer normaya nak buat entry cenggini. terpulanglah yer. *peace*

22 thoughts on “Penenggek

  1. hahahahahhahaha hujung2 ade silibus bahasa melayu siap! nice one kak.

    sy ok je wpon bibir mungil sy ade dlm gambo atas tu. muah2

  2. Ha kau! panjang lebau! hehe.
    sabar bebanyak ye mya..kadang tu org2 gini jgn dilayan.
    lagi kita layan, lagi dia suka menunding. ignore kan aje.
    bior dia ngan dunia dia tu..

  3. Memang ada orang yang tak suka pada seseorang tu tapi nak jugak tau apa dia buat, nak jugak tau apa dia komen, apa dia cakap, apa dia tulis. Sbenarnya untuk apa? bila pk2 balik dah ko tak suka tak yah la ko nak ambil tau hal orang yg ko tak suka ye tak? ni nakkk jugak dijolok2kan kepala ke hal orang. Barangkali untuk sakitkan hati sendiri kot..

    Dah nampak cam kita pulak yang negative kat sini.. Ko lantakkanlah dia Maya, dia nak baca mata dia, dia nak canang mulut dia. 1 fine day, bila semunya terbongkar yang malu pun MUKA dia..

    Aku kalau boleh tak nak ada benci walau pada sesiapa.. tapi kalau org nak bencikan kita itu hak dia.. tak terlarang la.. Yang bertudung belum tentu sempurna semuanya, dan yang dah bertudung belum tentu gitu hingga akhirnya.. aku setuju point kau. Dalam hidup selagi tak masuk kubur hari2 adalah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

    Aku dah lalui waktu bila aku rasa masa aku dah ‘tamat’. N at a point of time where i know there is nothing I can do, aku serahkan bulat2 pada yang esa dan aku berdoa semoga aku diterima.. waktu tu ada jugak terfikir, apa agaknya aku disisi Allah taala? sebab dalam hidup seharian kadang2 manusia selalu ambil peduli apa orang anggap, fikir tentang diri dia.. walhal semua tu tak penting..

    ek eh.. dahla panjang.. relevant ke?
    sekiaaaannn

    • aku mmg sedang cuba perbaiki diri sekarang..
      tp aku pun manusia biasa. ada rasa marah dan sakit hati jugak sekali sekala (eh bkn selalu hehe)
      but i’ll try my best untuk cuba memaafkan orang dan harap2 org keliling pun dpt lah maafkan aku..

      betul kata ko. hidup kat dunia nie singkat jer.
      dan aku cam boleh rasa je keadaan ko dulu.. saat bertarung dgn maut, baru terfikir apa yg kita dh buat kt dunia.
      org2 yg pernah kita sakitkan hati mereka..
      aku suka komen2 ko.. sgt bermotivasi πŸ™‚

  4. ….biasalah maya….
    bila berkata dekat orang memang sesedap rasa…sebab org tu tak fikir, Allah tu maha kaya, jika dia kata jadi, maka jadilah. Kalau dah itu takdir yang tertulis terimalah. Kenapa perlu nak kata2, nak hina2…(saya ni pun sensitip bila org hina janda2 nih…terasa sampai tulang hitam uuuu…). Ada ke org pilih nak jadi nasib buruk dalam hidup dia…tak de bukan, jadinya bila Allah bagi ujian kat seseorang tu janganlah pula kita tepuk tangan dan kata ‘padan muka’. Tapi cuba kita letak diri kita kat tempat orang tu…baru la insaf tu wujud dalam diri….

    Huhh…panjang pulak ceramah kali ni…’kata dulang paku serpih’ tu versi agak lama, meh saya perkenalkan versi saya yang agak moden…hehehehe

    ‘pergi klang naik landrover, kata org dia yang over’

    hahahahaha…boley?

  5. sy dah tekan button LIKE (Y) sy amat setuju apa yg mya hujahkan πŸ™‚ inilah baru dikatakan beauty come with the brain πŸ˜‰ bukan senang nak puaskan hati semua org, yg penting kita tidak mengacau hidup org lain πŸ˜‰ what u give u get back kann mya… πŸ˜‰

  6. isu tenggek ada kt fb i gak-kita ni senasib ya maya-apa yg tkene kt i tkene kt u gaks-yg busuk ati la…yg jnis tikam belakang la…yg jnis myampai la…mcm2…tak duduk kt work station sb nyampah tgk muka pompan ni die kata kita dok bertenggek ntah mana2-cmonla-if pompan itew baek bonar-idokla laki die bertenggek kt btina laen…ooopppsss….terdivert sat maya….nway…keep up ur authentic writing….u r so very alert wf ur surroundings…

    • wah terbaik ke.. walaupun menaip sesedap rasa jer.. hehe..

      boleh ween.. pinjam jer.. πŸ™‚

    • itu yg buat aku up entry nie.
      ko kalau nk baca blog aku, baca senyap2 sudah..
      takpayah la nak pong pang kata aku sorang jer dok baca blog ko, walhal ko pun sama..
      gitu..

  7. biasa la kak mya..maknanya akak ni menjd tumpuan..dia x leh kalau sehari x baca perkembangan akak..pas tu nak sentap and jeles..pi citer kat org lak..mulut longkang mcm ni jgn di layan..

Comments are closed.